Assalammualaikum semua, hari ini mira dan shaz ingin berkongsi tentang 5 aplikasi yang membantu memudahkan urusan harian pelajar. Sebagai pelajar, sudah semestinya kita mempunyai banyak urusan yang perlu di selesaikan dalam waktu yang singkat. kadang-kadang bila terlalu banyak urusan, kita boleh jadi tidak terurus dan boleh menyebabkan stress!! kami harap dengan 5 aplikasi yang kami kongsikan ini mampu memudahkan urusan kalian. Jom kita tengok apakah aplikasi-aplikasi tersebut.

 

  • Whatsapp

Whatsapp Messenger adalah salah satu aplikasi yang sangat membantu pelajar berkomunikasi dengan orang lain. Melaui whatsapp, pelajar boleh berbincang mengenai sesuatu perkara dengan orang lain tanpa perlu berjumpa secara berdepan. Ianya sangat berguna untuk menjimatkan masa dan kos. Selain itu, dengan adanya kumpulan untuk setiap subjek, ia memudahkan pelajar bersoal jawab dengan pensyarah mengenai sesuatu hal selepas waktu pelajaran tamat di samping ia juga memudahkan pensyarah untuk memaklumkan kepada para pelajar seandainya kelas tiada.

 

  • WPS Office + PDF

WPS Office + PDF adalah salah satu aplikasi yang sangat membantu pelajar untuk membuka dokumen yang telah di muat turun seperti slide power point, nota daripada ms word, research dari pdf dan banyak lagi. Di samping itu, aplikasi ini juga sangat berguna di kala kecemasan. Bayangkan anda lupa buat assignment dan assignment tu perlu hantar pada waktu tu juga tapi masa tu juga la laptop anda buat hal!! Jangan bimbang, aplikasi ini boleh membantu. Anda boleh menggunakan fungsi word untuk menaip assignment anda. Tiada alasan untuk tidak siapkan assignment ye semua.

 

  • RealCalc Scientific Calculator

Terlupa bawa kalkulator semasa dalam kelas?? kalkulator kena curi, nak beli baru mahal?? RealCalc Scientific Calculator adalah penyelesaiannya!! Aplikasi ini sangat sesuai buat mereka yang mengambil subjek berkaitan kira-kira. Aplikasi ini berfungsi hampir sama dengan kalkulator yang sebenar. Best kan aplikasi ini?? Walaupun begitu aplikasi ini tidak boleh guna semasa menjawab peperiksaan ya.

 

  • Todoist

Sebagai seorang pelajar, sudah semestinya banyak tugasan dan urusan yang perlu anda selesaikan bukan?? tidak kira la ia urusan berkaitan peribadi, keluarga, rakan-rakan mahupun pelajaran. Kadang kala bila terlalu banyak urusan di sekeliling, pelajar sering mengalami satu masalah. masalah LUPA!! Lupa nak buat assignment sebab ingat lambat lagi nak kena submit, dah buat assignment tapi lupa pula bila tarikh kena submit, lupa ada kelas ganti dan banyak lagi masalah berkaitan lupa. Jangan risau, muat turun aplikasi ini dan masalah itu akan dapat di atasi. Aplikasi ini boleh membantu anda mengurus masa dengan sebaiknya agar anda tidak lupa lagi tarikh-tarikh penting dalam hidup anda.

 

  • Bajet Pantas- Pengurus Belanja

Sebagai pelajar selain masalah berkaitan pelajaran, pelajar juga sering mengalami masalah berkaitan kewangan. Pelajar kebanyakkannya belum mempunyai pendapatan sendiri dan mengharapkan wang dari sumber-sumber tertentu. Sumber kewangan utama adalah dari ibu bapa, biasiswa ataupun PTPTN. Dengan sumber yang terhad, sudah tentu anda tidak boleh berboros dalam berbelanja. Anda perlu mengurus wang anda dengan bijak agar ianya cukup untuk menampung perbelanjaan anda sehingga tarikh yang sepatutnya. Kegagalan mengurus kewangan dengan teratur boleh menyebabkan anda terpaksa ikat perut ataupun berhutang dengan kawan. Bagi mengelak hal itu terjadi, aplikasi Bajet Pantas- Pengurus Belanja boleh menolong anda mengurus wang dengan teratur. Dengan aplikasi ini, anda boleh melihat rekod perbelanjaan anda.

Video 5 aplikasi yang membantu memudahkan urusan harian pelajar

 

Demikianlah 5 aplikasi yang membantu memudahkan urusan harian pelajar menurut pendapat kami. Adakah anda rasa ia membantu?? Jika ya, anda boleh muat turun aplikasi-aplikasi tersebut di Google Play atau Apple App Store. Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini.

 

 

Disediakan oleh:

amira dan shazrina