Pada era ekonomi negara kini semakin mencabar, kesan persaingan yang sangat tinggi. Justeru, terdapat ramai rakyat Malaysia yang ingin memulakan perniagaan secara sambilan untuk mendapatkan sumber pendapatan sokongan. Hal demikian, masyarakat yang berminat dalam bidang perniagaan disarankan supaya memilih perniagaan secara online kerana perbelanjaan dan modal yang diperlukan lebih rendah iaitu dengan melakukan perniagaan dropship.

Apa yang dapat dilihat, dropship ini adalah perniagaan melalui internet yang boleh dilakukan oleh peniaga dengan berdaftar menjadi agen dropship serta dapat mempromosikan produk tersebut pada bila-bila masa. Maka, langkah yang terbaik untuk memulakan perniagaan tanpa modal adalah dengan perniagaan dropship.

APA KELEBIHAN DROPSHIP?

Sebenarnya, terdapat banyak kelebihan menjadi dropship kepada sesuatu perniagaan. Berikut adalah beberapa kelebihan menjadi dropship yang akan menarik minat anda untuk memulakan perniagaan sebagai dropship.

1. Modal Kecil

Seseorang yang ingin memulakan perniagaan pasti akan terbeban untuk mencari modal yang besar. Tetapi, dengan adanya dropship anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk memikirkan modal permulaan yang besar. Ia kerana menjadi dropship hanya memerlukan modal yang kecil malah ada yang menyediakan dropship secara percuma. Sebagai dropship, anda hanya perlu mempromosikan produk dengan harga tambahan yang memberi sedikit keuntungan lalu jika terdapat pembeli yang membeli, anda hanya perlu hantar bukti pembayaran kepada pembekal untuk mereka uruskan penghantaran produk kepada pembeli. Demikian anda tidak memerlukan kos penghantaran dan kedai untuk penyimpanan barang.

2. Bebas Bekerja

 

Sebagai dropship anda tidak mempunyai waktu bekerja yang khusus, anda boleh melakukan perniagaan pada bila-bila masa sahaja. Anda juga tidak mempunyai lokasi pekerjaan yang khusus. Demikian dropship boleh dilakukan dimana sahaja anda berada. Mudahkan? Yang paling menarik, semakin kerap anda mempromosikan semakin banyak pendapatan yang anda perolehi.

3. Jana Pendapatan Sampingan


Pada zaman ekonomi yang tidak stabil ini, terdapat ramai pekerja swasta dan kerajaan mengalami masalah kekurangan pendapatan untuk sara hidup. Jadi, antara penyelasaian bagi masalah tersebut ialah dengan melakukan perniagaan sebagai dropship secara sampingan. Hal itu dapat membantu mereka untuk mendapat lebihan pendapatan bagi menyara kehidupan harian. Malah suri rumah juga boleh melakukan perniagaan sebagai dropship ini, dengan hanya perlu duduk di rumah dan mempromosikan produk.

4. Pelbagai Pilihan Produk


Apa sahaja yang boleh dijual oleh dropship? Anda tidak perlu risau untuk memikirkan produk apa yang boleh dijual oleh dropship. Kerana perniagaan dropship mempunyai kepelbagaian pilihan produk. Kebanyakan pembekal akan menawarkan pelbagai produk untuk dijual. Jadi sebagai dropship anda hanya perlu pilih mengikut kesesuaian trend atau keperluan pengguna. Lalu mempromosikan produk tersebut melalui media sosial, whatsapp dan lain-lain.

5. Risiko Yang Rendah

 

Perniagaan sebagai dropship tidaklah menyebabkan kerugian yang besar. Ia kerana anda tidak perlu menyimpan produk, menyewa kedai, dan tiada penghantaran. Cuma, dropship mungkin akan berhadapan dengan risiko seperti ditipu oleh pembekal atau pembeli. Jika masalah berpunca daripada pembekal maka anda perlu berhadapan dengan pembeli. Manakala jika masalah datangnya daripada pembeli maka anda akan berhadapan dengan pembekal. Tiada perniagaan yang terlepas daripada sebarang risiko, tetapi tidak salah kan mencari pengalaman? dengan perniagaan dropship anda tidak akan mengalami kerugian yang besar.

 

APA PULA KEKURANGAN DROPSHIP?

  

Setiap perkara ada kelebihan dan pasti ada kekurangan. Berikut perniagaan dropship ini juga terdapat kekurangannya. Berikut adalah diantara masalah kekurangan sebagai dropship yang perlu diatasi:

1) Persaingan Produk Yang Sama

  

Jika menjadi dropship sudah tentu ada persaingan yang mempunyai produk yang sama. Dan pembekal mempunyai ramai dropship dibawahnya untuk mempromosikan produk mereka. Dengan ini, kita perlu mempunyai cara jualan yang menarik. Menggunakan ayat promosi yang menarik, sentiasa upadate stock jualan, post yang menarik pelanggan dan lain-lain.

2) Keuntungan Yang Rendah

 

Bagi perniagaan dropship ini anda akan memperolehi keuntungan yang rendah, kerana modal dropship juga rendah. Jika anda rajin dan aktif jual produk tersebut maka anda mungkin akan memperolehi keuntungan yang banyak. Semuanya bergantung pada usaha anda sebagai dropship untuk membuat jualan.

3) Penipuan Kualiti Barang

  

Sebagai dropship anda tidak perlu menyimpan produk. Produk akan diuruskan oleh pembekal. Berikut menyebabkan anda sendiri tidak tahu kualiti barang tersebut bagus atau tidak. Pembekal mungkin akan beritahu kualiti produk adalah terbaik, tetapi hakikatnya bila sampai pada pelanggan, produk itu tidak berkualiti dan hanya boleh diguna dalam jangka masa yang pendek. Jadi sebagai dropship anda perlu memperolehi produk tersebut terlebih dahulu bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku.

4) Ditipu Oleh Pembekal

 

Masalah yang paling berat adalah belakunya penipuan si pembekal kepada dropship atau pelanggan. Ianya jarang berlaku, tetapi kemungkinan besar masih ada pembekal diluar sana yang masih giat melakukan perkara tersebut. Penipuan berlaku dari segi duit, barang dan penghantaran. Selepas mendapat apa yang mereka ingin, maka mereka akan menghilangkan diri. Jadi sebagai dropship anda akan dimarahi oleh pembeli. Hal ini, anda sebagai dropship perlu selidik tentang pembekal sebelum mendaftar di bawah mereka.

5) Masa Penghantaran

   

Penghantaran yang cepat akan memberi kepuasan kepada pelanggan. Tetapi masalah akan datang jika berlaku disebaliknya. Pembekal mungkin akan melakukan penghantaran yang lambat dan mungkin langsung tidak dihantar tetapi diberitahu kepada agen dropshipnya bahawa barang tersebut sudah dihantar. Pembeli pasti akan marah jika barang yang dibelinya tidak sampai tepat pada waktu yang dijanjikan. Demikian anda sebagai dropship perlu minta kepada pembekal tracking number barang tersebut supaya anda dan pembeli dapat menyemak barang tersebut secara online.

 

BERBALOIKAH PERNIAGAAN DROPSHIP INI?


Seperti yang kita sedia maklum, memulakan sebuah perniagaan bukan mudah. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. Kerana setiap perniagaan ada kelebihan dan kekurangan. Tapi, bagi mereka yang baru ingin masuk ke dunia perniagaan, dropship adalah salah satu perniagaan yang bersesuaian untuk mereka. Dengan hanya bermodal kecil sesiapa sahaja mampu mencuba. Segala kekurangan ada jalan penyelasaiannya. Belum cuba belum tahu! Selamat mencuba.

 

 

by : Fatini dan Jiha ♥