#alumniFSTMKUIS yang sekarang menguruskan perniagaan ICT & PERCETAKAN sendiri. Dalam masa yang sama beliau juga banyak terlibat dalam training kerohanian, tahsin ibadah, motivasi dll. Boleh juga jemput beliau untuk sesi motivasi sekolah. 👍 👍 👍

Boleh hubungi beliau di fb.com/AbiNufran

+++++++++++++++++++++
BAYANGKAN SPM SEMUA A.
+++++++++++++++++++++

Cuba bayangkan kalau semua Allah bagi keputusan SPM semua dapat A. Pergi sekolah dapat result semua A. Semua orang mohon IPTA.

Disebabkan dapat A, kita pilih universiti yang power-power. Beberapa bulan kemudian keputusan keluar. maaf quota dah penuh. Kita pergi Kolej atau universiti swasta pon penuh. Sebab kita lambat mohon. sebab semua orang cepat-cepat mohon kolej atau universiti swasta. sbb apa…sebab semua layak sambung belajar.

Jadi kita ni macam mana?

Kepada adik-adik yang SPM CEMERLANG ATAU TIDAK, anda sepatutnya bersyukur, setiap keputusan yang Allah bagi tu ada hikmahnya.

+++++++++++++
Jom Masuk KUIS
+++++++++++++

Teringat dulu saya ni SPM teruk. Nak belajar mohon mana-mana universiti memang tak terima. Saya berjaya sebab saya belajar disini dengan didikan dalaman kerohanian.

Sekarang kat kuis kita ada KUISCELL yang boleh bantu adik-adik untuk berjaya, lepastu bolehlah sambung Diploma, Degree, Master dan Phd.

+++++++++++++++++
MINTA KEPADA ALLAH.
+++++++++++++++++

Menghina diri di hadapan Allah.
Di sinilah kemuliaan setiap insan.
Membesarkan diri satu penghinaan
Rendah diri kepada Allah patut buat insan.

Kalau nak minta, mintalah kat Allah.
Jangan minta kat makhluk Allah.
Minta kat Allah maruah tak jatuh.
Maruah jatuh bila minta kat makhluk Allah.

Serahlah diri kat Allah, tawakal namanya.
Tapi tak payah pertikai tentang usaha.
Jangan usaha jer ade tapi tawakal tak ikut sama.
Jika kita kaya, jangan nak tunjuk-tunjuk.

Kalau susah pula jangan tunjuk gelisah.
Orang mukmin tu sifatnya tenang dalam semua keadaan.
Diwaktu susah atau waktu senang.

SABAR dengan ujian dan REDHA dengan ketentuan.
Dua sifat yang wajib ada pada hamba .
Kedua-dua sifat ini kesukaan Allah.
Kekalkanlah sifat-sifat ini di dalam kehidupan.