AIT ASYIK KELUAR IKLAN PASAI TIPON NIH, MACAM TAU AKU NAK BELI TELEFON BARU!

Pasti ramai yang tertanya2 bagaimana Google/Facebook tahu apa yang kita rancang nak beli.

Contoh: smartphone baru masuk air dan anda search untuk beli telefon baru. Oleh kerana anda berminat telefon Asus Max3 banyak carian tentang telefon itu telah dibuat.

Dan keesokan harinya JENG JENG JENG! asyik keluar sahaja iklan telefon Asus Max3 dalam website yg anda lawati, dalam email, dalam carian Google, dalam Lazada, ipMart, 11street.

Maknanya SEMUA carian/website yang anda pergi sebenarnya DIREKOD!

Cuba search Google Takeout kalau nak tahu sebegitu banyak maklumat pasal kita yg google simpan. Alasan depa nak guna data tu utk memahami profile user supaya results carian lebih baik. Itu ayat diplomasi yg juga bermaksud maklumat disimpan nak retarget iklan kepada kita. DANG!



Artikel disediakan oleh:
KHIRULNIZAM ABD RAHMAN, Pensyarah Jabatan Sains Komputer, FSTM KUIS.

Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang pengaturcaraan server dan antaramuka web (web front-end & backend) semenjak tahun 2000. Disamping itu juga amat berminat dalam pembangunan applikasi mobile Android, JSON, LARAVEL dan PHP-MySQL.

Blog peribadi beliau di khirulnizam.com . Beliau boleh dihubungi melalui email khirulnizam@gmail.com , atau Whatsapp: http://wasap.my/60129034614