Banyak perkara pada zaman kini berhubung dengan telefon pintar yang boleh dimiliki oleh setiap orang pada hari ini. Kini, basikal termasuk di dalam salah satu alat yang boleh membawa hidup anda lebih canggih dan berinovasi.

Terdapat pelbagai jenis pilihan basikal yang mempunyai kelebihan dan penjejak yang bijak serta boleh dihubungkan dengan telefon pintar anda. Tahap keselamatan juga telah ditingkatkan dengan kemajuan yang telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang pelbagai pada hari ini.

VanHawks

Vanhawks adalah salah satu basikal pintar yang terkini. Vanhawks boleh dihubungkan dengan aplikasi yang boleh dimuat turun daripada playstore atau applestore.  Basikal Vanhawks ini penuh dengan semua jenis sensor dan boleh dihubungkan dengan telefon pintar anda untuk membantu menavigasi jalan-jalan di bandar, melindungi anda daripada titik buta dan sebagainya.

Spesifikasi Vanhawks

  • Pemberi arah melalui LED Light daripada pemegang basikal. Pemberi arah akan diselaraskan dengan sistem navigasi google maps.

  • Alat navigasi basikal yang boleh diselarikan dengan telefon pintar kita menggunakan aplikasi yang disediakan.
  • Alat pengesan pintar untuk mengelakkan berlaku kecurian basikal serta penggera untuk titik buta.

Vanhawks dihasilkan dengan menggunakan sejenis carbon fibre iaitu bahan yang paling ringan yang boleh didapati pada masa kini. Basikal ini menggunakan dynamo sebagai penjana kuasa dan penghantar isyarat kepada telefon pintar.

nCycle

nCycle adalah di antara basikal elektrik yang terawal direka oleh Skyrill dan Marin Myftiu. Basikal ini direka pada tahun 2013 sebagai satu langkah kepada dunia IoT. Pelbagai kemudahan telah dimasukkan sekaligus menjimatkan segala kos, ruang dan muatan. Dengan kuasa elektrik yang ada nCycle bike boleh bergerak dengan kelajuan setinggi 25km/h dan boleh bergerak sejauh 90km.

Spesifikasi nCycle

  • Pemegang serba guna yang dilengkapi dengan pengunci, lampu LED. Pemegang ini boleh diselaraskan mengikut keselesaan yang kita mahukan.

 

  • Ruang kosong pada rangka basikal bagi ruang meletakkan barang yang bersesuaian dengan saiznya.

  • Basikal nCycle ini mudah untuk dibawa ke mana-mana kerana ianya dicipta boleh dilipat kepada dua bahagian.

Keseluruhan basikal nCycle menunjukkan perubahan basikal kepada seluruh perubahan yang memberikan kesan yang mesra alam. Basikal nCycle tidak lagi menggunakan rantai yang kotor dan berminyak dengan menukarkan penggunaan rantai kepada sistem Conti Drive Belt.

Gi Flybike

Gi Flybike adalah pemaju kepada basikal elektrik sepertimana nCycle bike tetapi Gi Flybike mempunyai lebih kemudahan dan memberikan suasana yang lebih santai kepada penunggang. Gi Flybike mampu mendaki bukit dengan mudah menggunakan kuasa elektrik dan mampu mengembara sejauh 40km dalam lingkungan baterinya.

Spesifikasi Gi Flybike

  • Boleh dilipat dalam masa yang singkat dan mudah kendali.

  • Basikal ini dilengkapi dengan sistem keselamatan yang menjamin 0% kehilangan basikal kerana sistem kunci yang canggih dengan hanya menggunakan telefon pintar anda.

  • Gi Flybike mempunyai tempat letak telefon dan sekaligus boleh mengecas telefon anda.
  • Sistem keselamatan Gi Flybike ini termasuklah lampu bahagian hadapan dengan menggunakan LED light dan lampu bahagian belakang yang aktif apabila Brek Gi ditekan.

  • Produk Gi Flybike juga adalah produk mesra alam yang mengekalkan kebersihan si penunggang. Sistem ini juga memberikan tahap perubahan yang drastik kepada pengguna kerana akan tiada lagi rantai berbunyi, rantai putus dan seluar yang kotor.

  • Salah satu ciri-ciri yang unik daripada Gi Flybike adalah penggunaan tayar yang berasaskan daripada rekaan Tannus Tires yang memberikan tayar yang ringan, selesa, meminimumkan rintangan bergolek dan menjamin keselamatan.

Terdapat pelbagai kemudahan yang dimiliki oleh Gi Flybike ini. Kesemuanya berkait rapat dengan IoT. Peredaran zaman yang lebih cenderung kepada IoT. Gi Flybike berjaya mencipta sebuah basikal elektrik yang sesuai dengan persekitaran IoT.

Moga sedikit perkongsian ini dapat memberikan anda inspirasi yang dapat memuaskan kepuasan anda sendiri. Mengikut peredaran zaman adalah amat penting bagi kita terus maju di dalam kehidupan. Semoga perkongsian ini dapat menambah pengetahuan para pembaca sekalian.

Sebarang cadangan penambahbaikan boleh berhubung melalui whatsapp.

Nombor whatsapp:

0176207928 – Shifa’

0137590517 – Badrul