Assalamualaikum

“Nanti bila dah besar banyak benda kita kena fikir” ..”Eh- kau sambung blajar lagi, tak penat ke?”…”Belajar tinggi-tinggi buat apa? belum tentu boleh dapat kerja”..”Orang tak belajar pon boleh kaya la..kau nk susah kan diri kenapa?”… Dalam usaha kita untuk mencapai sesuatu impian sememangnya tidak mudah. Ayat-ayat seperti ini akan sentiasa kita dengar dari orang sekeliling. ye lah, tidak semua orang sependapat dengan kita bukan? and this is what make our life meaningful. Belajar tidak mudah…Penat? mestilah rasa..lepas Diploma In IT, sambung Degree In Multimedia Creative (Interactive Media), lepas tu Master in IT pula, tapi.. Pengalaman mematangkan kita bukan?.

Kenapa KUIS? Personally aku rasa KUIS ni ada sebuah nilai yang dapat mematangkan kita. Selain mendidik kita dengan ilmu berkaitan bidang yang diceburi, kita juga dididik dengan nilai-nilai ‘Islamic’ yang memupuk jati diri kita menjadi insan yang berguna. Selepas tamat belajar, kenangan-kenangan ketika belajar ini lah yang akan sentiasa kita kenang. Disetiap peringkat pendidikan yang kita ceburi, pelbagai pengalaman berharga yang kita akan dapat.