Awak kelulusan apa? Awak dulu belajar mana?

Soalan wajib ditanya bila berjumpa kawan-kawan atau sanak sudara bila kenduri kendara atau musim perayaan….

Eleh..student KUIS je..ada ke Diploma Sains Komputer di KUIS..senang ke dapat kerja nanti..

Untuk makluman di KUIS selain program berteraskan Al-Quran, Pengajian Islam, Pengurusan Muamalat, Undang-Undang…Program pengajian berasaskan Teknologi Maklumat juga ditawarkan di KUIS…

Alhamdulillah kelulusan Diploma Sains Komputer KUIS setanding dengan kelulusan IPT lain apabila terbukti pelajar-pelajar KUIS di terima di dalam industri teknologi maklumat…ada yang menyambung ke peringkat lebih tinggi dan kebanyakkan berkhidmat dalam bidang IT di syarikat-syarikat terkemuka…

Kenapa Sains Komputer KUIS? Apa bezanya belajar di KUIS dan IPT lain?

Sangat berbeza kalau belajar di KUIS..terutama biah solehah yang wujud di sini..persekitaran pembelajaran yang sangat berbeza di tempat lain..subjek-subjek yang ditawarkan di KUIS sangat relevan dengan keperluan industri seperti Problem Solving, Discrete Mathematics, JAVA Programming, Database System, Web Programming, Visual Programmimg, Mobile Programming dan banyak lagi…

Nak tahu Diploma Sains Komputer KUIS nie laku atau tidak..jom datang ke KUIS rasai sendiri keistimewaan belajar di sini dan buktikan bahawa graduan KUIS mendapat sambutan di luar…

#JommasukKUIS

http://www.kuis.edu.my/fstm/

https://www.facebook.com/KUIS.FSTM/