Ramai tak suka dengan Android Studio sebab lagging. Perlukan 8GB RAM + SSD kalau nak pengalaman koding yang lancar. Alhamdulillah VSCode sediakan Flutter/Dart plugins supaya kita boleh tulis kod Flutter dengan lebih tenang… 😉

Sila download dulu VSCode di code.visualstudio.com . Selepas selesai download& install VSCode, tambah Flutter plugins melalui panel EXTENSION seperti pada rajah di bawah.

Sebelum guna VSCODE edit Flutter – sila pastikan sistem komputer anda sudah memenuhi keperluan pembangunan Flutter.
Rujuk sini -> http://fstm.kuis.edu.my/blog/hello-flutter

Flutter on VSCode add Flutter-Dart plugins

Flutter on VSCode add Flutter-Dart plugins

Selepas install Flutter plugins, restart VSCode.

Tambah project Flutter melalui View->Command Palette -> taip Flutter: New Project

 

Flutter on VSCode add Flutter project thru Command Pallete

Flutter on VSCode add Flutter project thru Command Palette

Taip nama projek Flutter

Flutter on VSCode add new Flutter project name

Flutter on VSCode add new Flutter project name

Tunggu sementara projek Flutter dimuat-turun dari server repository. Selepas selesai sila edit layout utama dalam lib/main.dart

Flutter project downloading - MAIN-DART to start

Flutter project downloading – MAIN-DART to start

 

F5 untuk cuba projek Flutter yang anda baru muat-turun (dengan syarat terdapat peranti Android/iPhone tersambung).


Catatan oleh:
KHIRULNIZAM ABD RAHMAN, Pensyarah Jabatan Sains Komputer, FSTM KUIS.

Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang pengaturcaraan server dan antaramuka web (web front-end & backend) semenjak tahun 2000. Disamping itu juga amat berminat dalam pembangunan applikasi mobile Android, JSON, LARAVEL dan PHP-MySQL.

Antara kursus yang beliau kendalikan;

  1. Android Studio
  2. Pembangunan Web dengan PHP&MySQL
  3. Pembangunan Sistem Web menggunakan kerangka Laravel

Blog peribadi beliau di khirulnizam.com . Beliau boleh dihubungi melalui email khirulnizam@gmail.com , atau Whatsapp: http://wasap.my/60129034614