HAMZA BENDELLADJ.

“Hacker” atau “penggodam” adalah sesuatu yang kita perlu tahu tentangnya. Ianya merupakan perkara yang dititberatkan secara lebih mendalam dan meluas menelusuri sistem database, coding dan perkara yang berkenaan dengan sistem siber.

Inilah cerita tentang Robin Hood yang sebenar iaitu Hamza Bendelladj atau dikenali sebagai BX1, seorang penggodam komputer dari Algeria. Dia telah menggodam lebih 200 bank Amerika dengan mencuri 4000 juta dollar US. Beliau menyumbangkan segala wang yang dicurinya kepada golongan yang memerlukan seperti rakyat di Afrika dan Palestin.

 

Beliau memperoleh untuk login/masuk kedalam semua informasi daripada bank dan institusi kewangan dengan menggunakan “trojan horse”, yang beliau sendiri merupakan penciptanya iaitu SpyEye.

Hamza Bendelladj,  dilahirkan di Tizi Ouzou, Algeria. Pada usianya 27 tahun, beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sains Komputer dan beliau mengejutkan dunia dengan pencapaiannya dalam “menggodam bank” pada tahun 2016. Beliau juga di gelar sebagai “Excelent Brilliant Hacker” pada abad ke-21. Jauh sebelum dunia mengetahui kewujudan beliau, rakyat Palestin adalah yang paling awal mengenali  beliau kerana beliau telah menyumbang jumlah dana yang besar iaitu $280,000,000 kepada Tanah Suci tersebut.

 

SpyEye.

SpyEye adalah virus yang menyerang users dengan menjalankannya melalui web browsers Safari, Google Chrome, Firefox, Internet Explorer dan Opera pada kedua-duanya iaitu IOS dan Microsoft Window Operating System. Malware yang digunakan adalah untuk keystroke logging dan form grabbing untuk mencuri data dari pengguna. SpyEye membolehkan penggodam mencuri duit tanpa disedari oleh pemegang akaun yang digodam.

Teknologi SpyEye merupakan “software” dari Rusia dan dibangunkan pada tahun 2009 dan dijual di pasaran gelap dengan harga $500 dollar.

 

Penangkapan Hamza Bendelladj.

Selepas 3 tahun di buru pihak berkuasa beliau ditangkap pada 8 Januari 2013 oleh polis Thailand ketika beliau singgah di Bangkok untuk transit antara Malaysia dan Mesir. Beliau tidak merasakan ia adalah satu ancaman dan tidak melawan balik semasa penangkapan. Beliau mengucapakan selamat tinggal pada keluarganya sambil di bawa bersama oleh pihak polis. Isteri dan anak perempuannya meneruskan perjalanannya ke Mesir tanpa pengetahuannya.

Stesen tv Aljazeera menyebut beliau sebagai  ‘Robin hood’ kerana pekerjaan beliau yang merompak ratusan Bank yang terkemuka, dengan cara mengodam Bank-bank tersebut dan menyerahkan keseluruhan hasilnya kepada Badan-badan amal khususnya yang berada di negara-negara Timur Tengah termasuk Palestin bagi membantu mereka disana. selain itu beliau turut digelar sebagai ‘Smiling Hacker’ kerana beliau sentiasa tersenyum.

 

Rumor.

Ada maklumat mengatakan beliau Dijatuhi Hukuman gantung sampai mati. Ada maklumat mengatakan beliau dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara, dan Kemudian menjadi 24 tahun 6 bulan atas gabungan hukuman beliau bersama Aleksandr Andreevich Panin Partnernya dari Rusia dalam mengembangkan teknologi Virus SpyEye ini.