Nak hantar WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon? Simple jer kalau guna WhatsApp web.

Katakan kita ada senarai nombor telefon dalam Excel untuk kita hantar, boleh guna API yang WhatsApp sediakan untuk kita mesej setiap nombor tersebut.

Keperluan:
1. Senarai nombor telefon dalam Excel,
2. Login ke web.whatsapp.com


  1. SENARAI NOMBOR TELEFON DALAM EXCEL / GOOGLE SHEET
WhatsApp web senarai nombor telefon dengan API send

Gunakan formula CONCAT dalam Excel/Google Sheet untuk menggabungkan API WhatsApp dengan nombor telefon dalam senarai.

=CONCAT(“https://api.whatsapp.com/send?phone=6”,B6)

phone=6 merujuk kepada kod Malaysia. Boleh lihat hasil API dalam rajah di atas.

B6 merujuk kepada alamat/nombor sel yang mengandungi nombor telefon.

Kemudian copy satu link yang terhasil dalam column C, untuk kita paste ke dalam WhatsApp web.

2. LOGIN KE WEB.WHATSAPP.COM

Scan this QRCODE that appear when you login to web.whatsapp.com

Scan QRCode melalui WhatsApp app anda. Tap pada tiga-dots menu -> WhatsApp web -> + (add) dan scan QRCODE.

Selepas berjaya login ke WhatsApp web, paste pada ruangan alamat web

CHAT baharu akan dicipta, anda boleh taip mesej dan hantar kepada penerima tanpa perlu simpan nombor telefon mereka. Gunakan untuk tujuan baik sahaja.

Start your new chat

Video tutorial di Youtube https://youtu.be/gh02cVNwrqg

Video tutorial di Facebook
https://www.facebook.com/watch/?v=618169389097969

https://www.facebook.com/watch/?v=618169389097969

Contoh dokumen G-Sheet yang kami demo dalam tutorial
http://bit.ly/gsheet2wasap