ENTP adalah orang yang sukakan kepada kemungkinan dan strategi untuk masa depan. Mereka yang yang mempunyai personaliti ENTP menggabungkan ‘Intuitive Extraverted Intuition (Ne)’ mereka dengan ‘Introverted Thinking (Ti)’ untuk melihat potensi yang pelbagai dan menyusun sebarang kemungkinan dan ligik akal di dalam fikiran mereka. Mereka juga adalah ketua dalam peracangan dan tindakan yang inovatif serta kreatif. ENTP juga merupakan seorang rakan borak yang menarik, seorang pemikir yang cerdas dan juga seorang pendebat.

 

 

ESFP mudah bergaul dengan ramai orang menyebabkan golongan personaliti ESFP tiada masalah jika menghadiri sesuatu majlis. ESFP sukakan keseronokkan, gelak ketawa dan kebahagiaan bersama orang sekeliling. Disebabkan itu, ESFP merupakan seorang pehibur dalam kelompoknya. ESFP sukakan perhatian dan pandai mengambil hati orang. Kelebihan ESFP adalah mereka juga boleh bercakap apa sahaja topik yang dibicarakan. Mereka seroang yang praktikal dan suka memerhati. Mereka juga mempunyai skill yang tinggi dalam banyak perkara dan sangat kreatif. Dalam menyelesaikan masalah, ESFP lebih gemar untuk bawa berbincang dan selesaikan masalah tersebut dalam jangka masa yang pendek kerana mereka tidak suka masalah tersebut berpanjangan. Mereka juga sangat sensitif.

 

 

 

ENTP:

ENTP suka meneroka benda baru dan kebiasaannya sukakan teknologi disebabkan banyak kemungkinan yang boleh diperolehi dari teknologi tersebut. Mereka jarang mempunyai masalah dalam memahami teknologi dan mudah untuk mencari jalan yang paling mudah untuk belajar dan memahami sesuatu teknologi tersebut. ENTP biasanya natural bila berhadapan dengan teknologi dan keinginan untuk mengetahui lebih lanjut akan berkembang dengan cepat. ENTP sukakan benda yang baru dan menyeronokkan dan selalu mencari informasi yang berkaitan tentang kecanggihan sesuatu teknologi. Apabila ENTP menjumpai sesuatu yang menarik minat mereka, mereka tidak takut untuk mencuba benda baru. Sifat mereka yang tidak teragak-agak bila berhadapan dengan teknologi menyebabkan mereka mahir serta mampu untuk membantu yang lain pada masa akan datang.

 

 

ESFP:

ESFP secara umunya kurang berminat dengan teknologi. Mereka lebih gemarkan bersemuka dan bergaul dengan orang. Mereka juga tidak suka mendekatkan diri dengan teknologi. ESFP sangat sukakan persekitarannya berbanding mempelajari lebih mendalam tentang teknologi. Mereka tidak kisah tentang teknologi. Cukup sekadar keperluan dan meminimakan penggunaan sebanyak yang mungkin. Daripada belajar tentang teknologi, ESFP lebih gemar menikmati kehidupannya pada masa sekarang.

 

 

CONTOH TOKOH ENTP:

-Socrates (Greek philosopher)

-Tom Hanks (Pelakon)

-Rowan Atkinson (Pelawak, Pelakon)

-Thomas Edison (Inventor)

-Leonardo da Vinci (Italian artist and inventor)

-Benjamin Franklin (Polymath)

-Steve Wozniak (Inventor and programmer)

-Richard Feynman (Physicist)

-Barrack Obama (President)

 

Watak Fiksyen:

-Tony Stark (Iron Man)

-Tyrion Lannister (Game of Thrones)

-Joker (Bat Man)

-Nick Wilde (Zootopia)

-Sirius Black (Harry Potter)

-Wade Wilson (Deadpool)

 

CONTOH TOKOH ESFP:

-Ketty Perry (Penyanyi)

-Serena Williams (Pemain Tennis)

-Mary Lou Retton (Gimnastik)

-Nicky Minaj (Penyanyi, Rapper)

-Justin Bieber (Penyanyi)

-Elvis Presley (Pemuzik)

-Adam Levine (Penyanyi)

-Will Smith (Pelakon)

-Leonardo DiCaprio (Pelakon)

-Zac Efron (Pelakon)

 

Watak Fiksyen:

-Theon Grejoy (Game of Thrones)

-Anna (Frozen)

-Fred and George Weasley (Harry Potter)

-Finnick (The Hunger Games)

-Wicket (Return of The Jedi)

-Mr. Buu (Dragonball Z)

 

 

by Nuratiqah & Umi Najwa