Alhamdulillah website + blog FSTMKUIS combine hit dah capai 100K. Projek website & blog FSTM bermula awal tahun 2018, memang buat baru. Belum boleh dibanggakan sangat, dapat 1juta hit nanti baru hustler. Abam bukan nak promo sangat website FSTM tuh cuma nak story sikit pentingnya ada website.

.
Website/blog dikatakan marketing pasif sebab ia menunggu prospek datang. Namun tetap penting untuk pancing prospek melalui enjin carian seperti Google. Dan website lebih sesuai untuk menampung content yang panjang (macam tutorial).
.
Fb/instagran pula dikatakan alat marketing aktif kerana content dihantar terus kepada prospek. Namun laporan pencerobohan baru-baru ini ke atas 50juta akaun fb menyebabkan ada pihak yang terpaksa membuat backup isi-kandungan fbpage/fbprofile kepada bentuk blog.
.
Merisaukan juga bila terdapat laporan tidak rasmi menyatakan bahawa ada pengguna fb yang dipadamkan akaun mereka kesan daripada pencerobohan tersebut (sumber sifu Nasrul Hazim Mohamad ) . Kesannya semua posting berguna yang anda usahakan selama ini hilang begitu sahaja tanpa sempat disimpan tempat lain. Jadi jangan terlalu bergantung kepada satu platform sahaja.

.
Dalam blog FSTM banyak artikel menarik berkaitan teknologi / ICT /tutorial pengaturcaraaan, dll. Ada bacaan pendek, ada serious… 😊 Sumbangan artikel oleh pensyarah2 dan pelajar2 FSTM. Korang pun boleh contribute jugak.
.
Sila sudi2kan melawat blog tersebut dengan Google fstm blog. (yang ni abam try pancing CTA – call to action)