17 FEBRUARI : UTeM IT Open Competition anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) & Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Pertandingan ini turut melibatkan beberapa IPTS daripada UTeM, UTP, MMU, UNITAR, UTAR dan juga Politeknik Swasta dengan melibatkan beberapa kategori yang dipertandingkan iaitu IT Network System Administration, IT Software Solution for Business & Web Design.

Pertandingan ini merupakan salah satu daripada siri pertandingan kemahiran bagi mencari calon untuk dibawa ke ASEAN Skills Competition 2016. Pemenang bagi tempat pertama daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) , tempat kedua daripada Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dan tempat ketiga daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Mahasiswa KUIS yang telah menyertai pertandingan tersebut ialah Muhammad Hazmirul Afiq Bin Mohamad Zairi, Muhammad Norfarhan Bin Norizam, Muhammad Afiq Bin Adnan dan Abdul Hakim Bin Jumari serta diiringi oleh pensyarah, Encik Khirulnizam Bin Abd Rahman dan Encik Khairil Ashraf Bin Elias Pensyarah daripada Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat.

Tahniah diucapkan kepada mahasiswa KUIS diatas kejayaan kerana telah mengharumkan nama KUIS.