Tutorial Laravel bahasa Melayu ini dimulakan dengan pemasangan LARAGON. Laragon adalah satu perisian kompilasi yang telah disediakan semua keperluan perisian pembangunan projek Laravel.

Laragon (WAMP-Windows Apache, MySQL,PHP) terdiri daripada; Apache 2.4, Nginx 1.12, MySQL 5.7, PHP 7.1.7, Node.js 6.11, git, … muatturun di sini Laragon – WAMP (112 MB)

Selepas berjaya install Laragon, anda akan melihat paparan berikut. Pertamanya sila tukar kata laluan pengguna pangakalan data root (root database username).

Kemudian ON web (Apache) dan server pangkalan data (mysql) dengan tekan pada butang “Start All”.

Untuk memulakan projek Laravel yang baharu, klik-kanan pada paparan Quick Create -> Laravel. Tindakan ini akan memuat-turun fail-fail template kod projek Laravel dari server repository Laravel. Sila pastikan Internet berfungsi dengan baik.

Masukkan nama projek Laravel; contoh start1

Paparan pada cmd.exe menunjukkan beberapa langkah untuk menjana projek baharu Laravel.

  • Pangkalan data projek akan dicipta
  • Fail-fail template projek Laravel akan dimuatturun dari server repository (sila bersabar mungkin akan mengambil masa tertakluk kepada kelajuan Internet atau rangkaian anda)

…rajah bersambung…

Uji server anda dengan menaip start1.test
Sepatutnya paparan teks Laravel seperti dibawah akan kelihatan. Pastikan paparan seperti berikut untuk meneruskan langkah seterusnya. Sekiranya server tidak dalam keadaan baik, atau keluar paparan laman tidak dijumpai boleh gunakan arahan php artisan serve.

Berikut struktur fail projek Laravel yang akan diperolehi selepas selesai muatturun.

 

Penyelenggara Pangkalan data (database admin)

Proses seterusnya adalah untuk memasang database admin. Boleh pilih web phpmyadmin, atau GUI lain seperti SQLYOG atau NAVICAT dll. Di sini kami tunjukkan phpmyadmin (PMA).

Download PMA dari phpmyadmin.net dan extract file zip ke dalam folder laragon/www

PMA cuma diperlukan untuk semak pangkalan data / jadual (tables) berfungsi dengan baik. Setakat cipta projek baharu tadi, hanya pangkalan data yang disediakan. Jadual belum ada lagi. Bina jadual kita kena laksanakan proses migrate.

 

Latihan User authentication

Pangkalan data telah tesedia. Sekarang kita akan menambah modul pengurusan pengguna (user authentication).

Untuk menyambungkan projek Laravel kepada pangkalan data yang tersedia perlu diubah pada tetapan pangkalan data dalam fail env.

Gunakan pengedit kod kegemaran anda; Notepad++, Atom, Sublime atau vscode, dll. Ubah tetapan seperti dalam server database anda. Tutorial ini menggunakan Notepad++ untuk menulis kod Laravel, PHP atau blade. Editor (IDE) terbaik untuk mengedit kod Laravel yang terbaik setakat ini adalah PHPStorm (berbayar), boleh juga cuba Eclipse for PHP/web.

 

Untuk menambahkan modul pengguna (auth) dalam projek web Laravel.

Laksanakan arahan berikut dalam terminal untuk menambah modul auth,

php artisan make:auth

Sekiranya kita nak membuat perbandingan nama dan katalaluan pengguna () dengan maklumat disimpan dalam pangkalan data, semestinya kita ada jadual untuk menyimpan maklumat tersebut. Kaedah Laravel menggalakkan kita isytihar struktur jadual di dalam folder migration. Edit fail create_users_table.php dalam folder migration. Tambah kod dalam fungsi up() seperti berikut.

Selepas selesai kod pengisytiharan jadual dimasukkan, laksanakan arahan berikut untuk mencipta jadual ke dalam pangkalan data;

php artisan migrate

Rujuk dalam localhost/pma untuk melihat struktur jadual telah dicipta dalam pangkalan data.

Seterusnya dalam DatabaseSeeder.php kita akan masukkan beberapa contoh rekod. Ada banyak cara untuk jana data contoh (dummy data). Laravel juga menyediakan penjana data (data factory). Akan dibincangkan dalam tutorial akan datang.

Data yang telah disediakan dalam DatabaseSeeder perlu dimasukkan ke dalam jadual (database). Boleh dilakukan dengan melaksana arahan berikut pada terminal;

php artisan db:seed

Dan hasilnya sila lihat dalam PMA jadual users telah diisi dengan data contoh.

Arahan pada make:auth tadi juga menjana antaramuka login/logout pengguna. Cuma perlu papar dalam browser, start1.test/login dan anda akan mendapat paparan di bawah yang berfungi untuk login/logout dan daftar pengguna. Selamat mencuba dan berjaya.

Selesai tutorial pertama Laravel. Komen/cadangan/bantuan sila email khirulnizam{at}gmail.com.
Bersambung seterusnya nanti. Insya-Allah…

Kod Sumber dalam GITHUB – https://github.com/khirulnizam/start1

 

(Slide for English version is available at http://bit.ly/laravelfstm1 )



Penulis tutorial:
KHIRULNIZAM ABD RAHMAN, Pensyarah Jabatan Sains Komputer, FSTM KUIS.

Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang pengaturcaraan server dan antaramuka web (web front-end & backend) semenjak tahun 2000. Disamping itu juga amat berminat dalam pembangunan applikasi mobile Android, JSON, LARAVEL dan PHP-MySQL.

Blog peribadi beliau di khirulnizam.com . Beliau boleh dihubungi melalui email khirulnizam@gmail.com , atau Whatsapp: http://wasap.my/60129034614