Selain dari Diploma Kreatif, Diploma Sains Komputer, Ijazah Sarjana Muda IT dan sebagainya, KUIS juga menawarkan program Master IT (MC03) di bawah Pusat Pengajian Siswazah. Terdapat dua kaedah yang disediakan iaitu secara sepenuh masa (full time) dan juga separuh masa (part time).

Tempoh pengajian bagi kaedah sepenuh masa ialah selama 1 tahun 2 bulan sahaja iaitu bersamaan dengan 3 semester. Pada semester 1 dan 2, pelajar akan mengambil 6 subjek/semester dan hanya projek paper pada semester ketiga. Manakala bagi kaedah pengajian separuh masa, waktu kelas diadakan pada hujung minggu samada Sabtu/Ahad dan mengambil masa selama 2 tahun 2 bulan bersamaan 6 semester bagi melengkapkan pengajian. Setiap pelajar akan mengambil 2 subjek sahaja bagi setiap semester.

Oleh kerana pengajian Master IT di KUIS ini juga terbuka kepada pelajar yang bukan dari bidang IT, silibus pengajiannya bersifat fleksible dan pengenalan awal tentang asas-asas dalam subjek-subjek IT tersebut diberikan sebelum pengajian diteruskan. Antara subjek yang ditawarkan ialah Research Methodolgy, Project Management, Web Application Development, Information and Network Technology dan sebagainya.

Tenaga pengajar program Master IT dari FSTM terdiri daripada pemegang sijil PHD dari pelbagai cabang-cabang IT dan juga pensyarah yang berpengalaman yang luas dalam industri bagi berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Kebanyakan mereka tidak lokek membantu dan berkongsi ilmu dengan pelajar.

“Saya sambung Master IT di KUIS sebab saya kenal pensyarah-pensyarah disini yang baik-baik dan suka membantu. Banyak pengalaman dan ilmu yang saya peroleh sepanjang menyambung Master IT disini” -Pelajar Master IT.

Alumni Kuis yang ingin menyambung pengajian di peringkat Master di KUIS samada Master IT atau bidang-bidang lain akan mendapat 50% diskaun dari jumlah asal bayaran pendaftaran.

Program sarjana dan PHP teknologi maklumat PASCA-SISWAZAH FSTM KUIS
Program sarjana dan PHP teknologi maklumat PASCA-SISWAZAH FSTM KUIS
  • Maklumat lengkap program pasca-siswazah FSTM KUIS;
  • PT02 Ijazah Doktor Falsafah Teknologi Maklumat
  • MC03 Teknologi Maklumat
    => bit.ly/fstmmit
  • MT20 Sains (Multimedia Kreatif)
    => bit.ly/fstmmc