Dah berbulan membetulkan proforma kursus. Dari zero to hero… nak jadi hero pun terpaksa merana. Rasanya lebih teruk daripada menghabiskan PhD beberapa tahun lepas…(Mode: Sushh..itu cerita trajis lain pulak na). Demi kemaslahatan fakulti dan pelajar-pelajar tersayang, maka pengorbanan ini dikira sangat minimal. Mencerna terma baru seperti CLO, PLO dan PEO… (Mode: Susah rupanya nak jadi pensyarah sekarang !!!)

Kata pepatah Inggeris “Every cloud has a silver lining” makanya.. sekarang siaplah proforma terkini untuk pensyarah picisan ini. Kebaikannya, pensyarah ini sekarang mempunyai kefahaman kenapa konsep OBE digunakan. Outcome Based Education (OBE) memastikan objektif pengajaran dijajarkan dengan hasil pembelajaran. Pelajar kini sepi dari tugasan yang tidak signifikan dalam menyediakan mereka ke alam pekerjaan dan kehidupan. Ada ker tugasan sebegitu?? (Mode: Skeptikal berleluasa). Mana nak tau kan kalau tak belajar di sini..so jom join program pengajian di FSTM, KUIS untuk buat tugasan berdasarkan OBE.