Pengenalan Kursus

         Business Model Canvas (BMC) merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membantu memahami model perniagaan dengan cara berstruktur. Menggunakan BMC, menggambarkan dan memahami keseluruhan model perniagaan.

              BMC adalah strategi pengurusan dalam bentuk carta visual yang terdiri daripada 9 elemen. Model perniagaan ini mula diperkenalkan oleh Alexander Osterwalder dalam bukunya yang bertajuk Business Model Generation. Alexander cuba menerangkan satu rangka kerja mudah untuk membentangkan unsur-unsur penting yang terdapat dalam model perniagaan. Manfaat BMC adalah:

  • Menyusun semula perniagaan sedia ada
  • Mencari kelemahan perniagaan
  • Memaksimakan keuntungan
  • Menambah nilai perniagaan
  • Model untuk menguji idea perniagaan/projek sebelum pelaksanaan
  • Mencari peluang perniagaan samada sustainable atau tidak
  • Merancang perniagaan dengan lebih menyeluruh tanpa terlepas perkara-perkara penting

 

Objektif Kursus

Pada akhir kursus, peserta akan memahami objektif berikut:

  1. Pengetahuan asas BMC.
  2. Memahami 9 elemen BMC.
  3. Mengembangkan idea perniagaan.
  4. Membangunkan BMC menggunakan tools BMC.

 

Kaedah Penyampaian

Gaya kuliah pendek, perbincangan dan sesi makmal. Bengkel teoritikal dan praktikal.

 

Ketetapan Kursus

 Tempoh Kursus : Separuh hari.

 Peringkat : Asas/Pertengahan.

 Pra-syarat : Asas pengetahuan komputer, capaian Internet.

 Peserta Sasaran : Sesiapa sahaja yang berminat mempelajari Business Model Canvas (BMC), peniaga dan pelajar.

 

Jadual Kursus

 

Sesi 1:

Pengenalan BMC.

Elemen-elemen BMC.

 

Sesi 2:

Idea perniagaan.

Contoh-contoh BMC perniagaan.

 

Sesi 3:

Pembangunan BMC.

Penggunaan Template BMC.