Saya mula daftar Diploma Sains Komputer di UTM, Skudai pada tahun 1995. Dulunya dikenali sebagai Integrasi Sains Komputer iaitu gabungan dua program, Diploma dan Ijazah dalam bidang Sains Komputer.

Program Diploma Sains Komputer di UTM adalah 3 tahun. Selepas tamat diploma tersebut, kemudian saya terus tambah masa hanya 2 tahun sahaja untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sistem Komputer). 

Laptop, Mac, Computer, Browser, Research, Study

Alhamdulillah, tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains (Sistem Komputer) dengan jayanya pada tahun 2000.

Apa yang menarik semasa diploma dulu, kami belajar dalam kumpulan (study group) kerana lepasan sekolah agama agak mencabar apabila mengikuti program diploma dalam bidang sains komputer. Ini kerana, bidang sains komputer banyak melibatkan algoritma, kod pengaturcaraan (programming), pembangunan sistem, pangkalan data dan lain-lain.

Bila bekerja di KUIS, saya juga mengajar pelajar program Diploma Sains Komputer dan Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian). Ramai orang yang tidak tahu bahawa di KUIS terdapat banyak program yang berbentuk teknikal seperti Teknologi Maklumat (IT), Sains Komputer, Rangkaian Komputer, Multimedia, Perakaunan, Bisnes, HR, Islamic Banking dan banyak lagi.

Program Diploma dan Ijazah di FSTM

Saya juga pernah menjadi tutor sambilan bagi program Diploma dan Ijazah di Open Universiti Malaysia (OUM). Alhamdulillah kerana dapat berkongsi ilmu yang diperolehi dengan anak-anak didik pula.

#JommasukKUIS

http://www.kuis.edu.my/fstm/

https://www.facebook.com/KUIS.FSTM/

https://www.facebook.com/KUIS.FSTM/