“VAR” ( VIDEO ASSISTANT REFEREE)

Di dalam permainan bola sepak, seringkali berlaku ketidak-adilan diantara pemain ataupun kecurangan pengadil itu sendiri yang “berat sebelah” dalam mengadili sesuatu perlawanan.  Dengan berkembangnya teknologi pada hari ini, pelbagai pihak telah bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini dengan mengadaptasikan penggunaaan teknologi sebagai langkah yang efisyen bagi memastikan keadilan di setiap permainan bola terpelihara.

Sebelum berlangsungnya  perlawanan bola sepak piala dunia 2018 Rusia akhir-akhir ini, suatu mesyuarat telah diadakan oleh pihak FIFA bagi memberikan kata putus untuk menggunakan teknologi  “VAR” dalam perlawanan tersebut. Setelah bermesyuarat dengan pelbagai pihak, akhirnya teknologi ini mula dijalankan oleh FIFA di dalam setiap perlawanan bola sepak piala dunia tersebut.

 

Teknologi “VAR” ( Video Assistant Referee ) atau dikenali sebagai Sistem Video Pembantu Pengadil ini adalah sebuah teknologi yang digunakan untuk merakam seluruh perlawanan yang sedang dijalankan untuk membantu pengadil  dalam membuat keputusan.

 

Tujuan utama penggunaan Teknologi “VAR” ini adalah seperti berikut :

Gol

Sistem ini boleh digunakan untuk memeriksa sama ada bola sebenarnya masuk atau tidak. Hal ini kerana, teknologi ini memberikan gambaran yang jelas melalui rakaman yang diambil oleh kamera berteknologi tinggi.  Sekiranya berlaku kesilapan dalam menentukan gol yang dihasilkan, “VAR” ini boleh menarik semula keputusan tersebut.

Penalti

Sistem ini akan memeriksa sama ada wajarkah penalti diberikan setiap kali berlaku perlanggaran di dalam kotak penalti. Namun, sekiranya pemain melakukan kesalahan sendiri di dalam kotak penalti pihak lawan, penalti tidak akan diberikan.

Kad Merah

Sebarang perlakuan ganas atau bentesan atau terjahan(tackle) yang berbahaya boleh dihukum dengan menggunakan teknologi “VAR” ini.

Kesilapan Identiti

Contoh terbaik insiden ini ialah ketika perlawanan Arsenal menentang Chelsea pada 2014, di mana pengadil telah menghantar Kieran Gibbs keluar padang walaupun sebenarnya ia adalah kesalahan Alex Oxlade-Chamberlain. Perkara ini akan dapat diperbetulkan semula dengan VAR.

DI MANA PENGADIL VIDEO?

Mereka ditempatkan di lokasi luar padang, dengan capaian beberapa sudut kamera. Suara mereka dihubungkan terus dengan pegawai atas padang supaya mereka dapat memberi amaran ke atas apa-apa kesalahan.

 

TIGA CARA “VAR” DIGUNAKAN SEMASA PERMAINAN :

1) Pengadil video memberitahu kepada pengadil di atas padang melalui alat dengar telinga, yang di mana akan mengangkat tangan untuk menghentikan perlawanan dan memberitahu pemain keputusan sedang dikaji semula. Jika berpuas hati tiada kesalahan dilakukan, pengadil akan memberi isyarat permainan dimulakan semula.

2) Penentuan oleh VAR Dalam contoh ini, pengadil akan memberi isyarat tangan berbentuk petak untuk mengajuk bentuk skrin TV. Pengadil video akan mengkaji semula insiden dan pengadil akan membuat isyarat sama jika dia ingin mengubah keputusan.

3) “Kajian semula atas padang”, seperti yang telah kita lihat ketika Itali dianugerahkan penalti di Wembley awal tahun ini. Untuk keputusan yang lebih subjektif, pengadil video akan mengarahkan pengadil untuk melihat ulangan semula di atas skrin tepi padang. Beliau akan memberikan “isyarat TV” sebelum memberikan kata putus.

 

 

Video Credit to: www.youtube.com/watch?=KmprMLZ0Cic&spfreload=10

By Hasrul & Hashim

#kuispalingsyantik