Menyambung pengajian sambil bekerja bukanlah suatu perkara yang mudah. Apatah lagi mereka yang memiliki keluarga; suami/isteri dan anak-anak. Bak kata orang, “Mencari nahas, menjerat leher, menempah maut”. Memang bukan mudah tetapi jangan mengalah.

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempah satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga.” (Hadith Riwayat Muslim)

Tidak semua orang berpeluang mendapat cuti untuk menyambung pengajian. Namun, itu bukanlah halangan bagi insan yang bekerja untuk menggapai impian. Think positive and keep learning. Pengurusan masa itu sangat perlu. Waktu inilah kita berasa setiap saat itu sangatlah berharga. No more time untuk membawang..hahaa..

Waktu siang adalah masa menyiapkan tugasan pejabat. Sejurus pulang dari pejabat, masa diluangkan bersama keluarga. Setelah mereka tidur, bagi mereka yang menyambung pengajian akan memulakan kerja-kerja pengajian seperti membaca artikel jurnal, menulis artikel dan sebagainya. Inilah cabarannya; dalam keadaan badan yang letih kita harus menumpukan kepada pengajian di malam hari. Jika dilayan mata, kita akan hanyut dibuai mimpi indah sedang realitinya belum tentu.

Seperti secangkir kopi, walau awalnya terasa pahit namun akan terasa manis di akhirnya..secangkir kopi pahit inilah selalu menemaniku dalam sebuah harapan tentang manisnya penantian..kopi yuk!