Kreatif.. Setiap perkara yang dilakukan memerlukan kreativiti, barulah sesuatu perkara itu menarik. Betul tak??.. Apa itu kreatif??

Kreativiti disini merangkumi pelbagai bentuk, idea, penemuan konsep baru dan disusuli dengan proses untuk menjadikan ia menarik. Ada yang kreatif dalam seni, melukis, menjahit, memasak, membina sesuatu yang baru dan kreatif dalam membuat keputusan.

Kebanyakan orang beranggapan daya kreatif hanyalah terdapat pada segelintir orang sahaja dan tidak ada pada semua orang. Ya, betul tanggapan tersebut dan ada juga yang tidak betul. Bonuslah bagi mereka yang sejak azali memiliki sifat kreatif. Tetapi jangan khuatir pada mereka yang biasa-biasa dan susah untuk mengeluarkan daya kreatif ini.

Kreatif boleh dipupuk.. Ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jika kita mempunyai minat dan niat yang betul, kreatif boleh di asah. Ohya.. jangan lupa kesungguhan.. Kesungguhan dan Usaha itu yang paling PENTING.

So.. macam mana nak Kreatiff?? Haa.. Meh sama-sama kita lihat apa yang menarik dalam program Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif (Media Interaktif) di FSTM, KUIS. Layari bit.ly/fstmbcm. Bukan untuk orang yang kreatif sahaja, yang rasa diri dia tak kreatif dan nak jadi kreatif sangat berbaloi.. InsyaaAllah, dengan usaha yang sedikit, akan memberi impak yang besar dalam diri kita. Wallahuallam.

#Multimedia Kreatif, FSTM KUIS