Bila skill dah padu syarikat pun rindu, Pergh…

Pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) FSTM KUIS diserap bekerja semasa latihan industri. Tahniah MUHAMMAD FADHIL BIN AHMAD NAPIS sekarang bertugas di Ocean Nexus Sdn Bhd. Beliau merupakan sebahagian daripada team pembangunan front-end (web & mobila apps menggunakan IONIC).

Berkat usaha rajin meneroka ilmu-ilmu IT beliau ditugaskan membangunkan antaramuka apps untuk client syarikat. Rahsia beliau – buat sehabis baik apa yang dikehendaki dalam keperluan projek.

Saudara Fadhil merupakan seorang daripada perwakilan mahasiswa FSTM KUIS semasa menjalani pengajian diploma. Aktif dengan aktiviti pelajar FSTM dan juga ahli Special Interest Group – SIGFSTM.

Antara bidang yang diminati beliau ialah pertandingan Hacking seperti di UUM, UTP dan KUIS sendiri. Terlibat dengan pengaturcaraan komputer semenjak berumur 16 tahun, beliau menggunakan handler @fadhilnapis di GITHUB.

Ramai lagi kes macam ni, maaf belum sempat nak kompile.

 


 

Jom Masuk KUIS bagi pendaftaran kemasukan program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pada

10 & 11 November 2018 di Pusat Konvensyen KUIS.

Kaunter walk-in juga dibuka

Untuk permohonan ;
www.kuis.edu.my

 


 

Design alumni FSTM KUIS pada papan iklan SAINS, N.Sembilan

Hasil kerja pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) FSTM, Muhammad Zal Hasmi! Bukan senang nak dapat peluang hasilkan design billboard untuk menyampaikan pesanan ke arah kebaikan macam ni. InsyaAllah moga dapat pahala yang melimpah ruah, dapat juga kami tumpang bangga 😍😍😍.

Tahniah Zal Hasmi, Designer SAINS N. Sembilan

 


 

Videographer hebat alumni FSTM KUIS

4 sebab utama saudara Fahizuan memilih FSTM /KUIS. Sembang-santai pengalaman #alumniFSTMKUIS sambung belajar di KUIS.

“Jom tengok kali ini pandangan saya tentang KUIS,Kenapa saya pilih tempat ini untuk saya belajar.” – Mohamad Fahizuan Amri, alumni FSTM, KUIS Diploma Teknologi Maklumat, Multimedia.


quote 1 Terima kasih KUIS. Segala tunjuk ajar yang diberikan sangat bermanfaat di alam pekerjaan disamping suasana tarbiah Islamiah di KUIS yang telah diterapkan. Kini saya dapat menyebarkan lagi dakwah dalam pekerjaan saya dengan mengendali 2 channel TV Islamik di HyppTV, TM dan ABNxcess disamping beberapa channel TV lagi pada masa akan datang. Semoga manfaat ini dapat dikongsi pahalanya kepada tenaga pengajar saya di KUIS. quote 2

MUHAMMAD THORIQ DATO’ HJ. MUHAMMAD
Pengarah Urusan, El Kahfi Sdn. Bhd.
Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia)


quote 1 Sebelum saya masuk KUIS, saya tidak tahu ke mana saya harus pergi, jadi, saya serahkan pada Allah S.W.T. Kemudian, pejam celik, saya kini adalah graduan KUIS dan berkerja dalam bidang Multimedia sebagai Video Editor di Layar Consult. Satu pekara yang saya pelajari dalam sepanjang pengalaman saya belajar di KUIS, tiada seorang pun yang tahu “KUIS”, namun, kini ramai graduan KUIS mempunyai kredibiliti berkerja di syarikat-syarikat swasta seperti Media Prima, Astro, Al-Hijrah dan sebagainya termasuk syarikat-syarikat penerbitan. KUIS kini dikenali. quote 2

MUHAMMAD UQBAH AHMAD TERMIZI,
Videa Editor, layar Consult
Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Multimedia) (Kepujian)