Pada zaman yang serba canggih ini, telefon pintar sangat penting bagi masyarakat kerana sudah menjadi satu keperluan untuk kegunaan seharian kita. Tidak hairan setiap individu mempunyai keinginan untuk membeli dan menjual telefon pintar mereka setiap tahun.

Bagi yang mahu menjual telefon pintar mereka, disini kami sediakan tips yang berkesan untuk anda semua.

1. Android

Anda dinasihatkan supaya delete account Google, Twitter, Facebook dan backup lain-lain secara manual terlebih dahulu sebelum di reset.

⁃ backup semua data-data penting terlebih dahulu
⁃ Kemudian, pergi ke: Settings > backup and reset > factory data reset

Pastikan data-data penting seperti gambar, contact number, lagu, notes-notes penting di backup dan disimpan di computer terlebih dahulu bagi mengelakkan data hilang secara kekal.

2. IOS (Iphone user)

  • Pastikan anda memisahkan iPhone anda dengan Apple Watch.
  • Pastikan data sudah di-backup ke iCloud.

Selepas itu, sila log keluar dari iCloud:

  • Pergi ke Settings kemudian tap pada kata nama anda.
  • Selepas itu, scroll hingga ke bahagian bawah untuk menekan butang Sign Out.
  • Selepas masukkan Apple ID dan kata laluan anda, tekan pada Turn Off dan anda selesai.

 

Sekiranya mahu memadamkan semua data di dalam iPhone terbabit, boleh ke

Settings > General > Reset dan pilih Erase All Content and Setting

Jangan lupa juga padamkan iMessage dan Facetime dengan Apple ID anda.

Selamat mencuba 🙂

Disediakan Oleh:
Haffiez Hamdin
Wan Abdul Hasib
Amin Nurashid