Tahukah anda?

‘Mobilegraphy’ adalah terma yang popular dalam kalangan pengguna media sosial terutamanya pengguna Instagram. Mobilegraphy adalah salah satu bidang yang hampir sama seperti photography, tetapi menggunakan telefon pintar sebagai medium untuk berkarya. Disebabkan trend mobilegraphy semakin popular, kami akan berikan sedikit tips basic untuk menghasilkan gambar terbaik hanya dengan beberapa langkah mudah. Lets go!

 

TIPS 1: PENCAHAYAAN

Tips yang paling penting dalam mobilegraphy adalah teknik pencahayaan. Sebagai contoh, waktu terbaik untuk mendapatkan natural lighting adalah pada waktu ‘Golden Hour’ iaitu bermula lebih kurang 9 pagi . Perhatikan arah cahaya matahari untuk dapatkan gambar yang lebih menyerlah. Gunakan exposure yang sesuai untuk memudahkan kerja editing and save your time! Tapi jangan risau jika gambar gelap, gambar anda masih boleh diselamatkan sewaktu kerja editing nanti.

Edited using Adobe Lightroom

 

TIPS 2: ANGLE

Angle adalah elemen penting dalam menghasilkan gambar yang menarik. Angle yang baik akan menyerlahkan subjek atau model secara tidak langsung dapat menarik perhatian viewers. Terdapat beberapa jenis angle yang boleh di apply dalam mobilegraphy dan kebiasaannya adalah eye level angle, high angle dan low angle.

 

shot dengan angle berbeza

*Tips tambahan : Sentiasa ubah posisi anda untuk dapatkan angle terbaik!

 

 

TIPS 3: KOMPOSISI

Selain angle, komposisi juga memainkan peranan yang penting dalam photography dan mobilegraphy. Antara teknik yang sering digunakan dalam kalangan mobilegrapher adalah teknik Rule of third. Rule of third adalah kombinasi garisan yang terdapat dalam kamera telefon pintar anda. Untuk mendapatkan komposisi yang cantik anda perlu meletakkan kedudukan subjek di titik garisan yang betul. contohnya seperti dibawah :

 

Penggunaan Rule Of Third

*Peringatan : Sebelum anda mencuba teknik ini pastikan setting “Grid” di telefon pintar anda sudah diaktifkan.

 

Selain itu, anda juga boleh mengaplikasikan teknik depth of field dalam gambar anda. Apa itu Depth of field ? teknik ini peranannya akan fokus kepada subjek sahaja . DOF sangat berkait rapat dengan bokeh dan keluasan ruang fokus. Contohnya adalah seperti gambar dibawah :

 

 

Behind the scene.

 

Teknik lain adalah teknik Leading Line. Hasilnya akan menyerlahkan lagi model atau subjek dengan menarik perhatian viewers kepada subjek anda. Sebelum tekan ‘snap’, Jika anda ada sebuah subjek dan cara untuk menarik mata viewers anda adalah dengan mencari elemen yang boleh lead kepada subjek seperti tangga, pagar rumah, rekahan atau apa sahaja garisan yang akhirnya akan lead viewers mengikut line secara natural dan terus kepada subjek anda. Contoh seperti dibawah:

 

 

TIPS 4 : FOKUS

Nanti dulu ada lagi! sebelum anda menekan butang “Snap”. Perkara terakhir yang perlu di cek adalah Fokus . Pastikan fokus anda tepat pada subjek atau model. Untuk mendapatkan gambar yang tidak out of focus adalah dengan menekan pada skrin telefon anda sehingga keluar segi empat. Kemudian, you are good to go!

 

 

TIPS 5: EDITING

Tips yang terakhir sebelum anda posting gambar di media sosial adalah editing gambar. Editing sangat penting untuk menaikkan seri gambar dan juga untuk menutup segala flaws dalam gambar anda. Editing yang baik sudah tentu akan menarik minat viewers serta menghasilkan gambar yang berkualiti. Yang penting, edit menggunakan cita rasa seni anda! Berikut adalah hasil gambar yang sudah di edit :

Processed with VSCO with hb2 preset

Processed with VSCO with p5 preset

 

Bagi sesiapa yang tertanya-tanya nak edit pakai apps apa, antara software editing yang popular yang boleh didapati di play store adalah :

  1. Adobe Lightroom
  2. Snapseed
  3. Vsco
  4. Artist (latest)

Tutorial simple editing menggunakan app Artist :

 

APA KATA SIFU FOTOGRAFI?

Definisi gambar mobilegraphy yang terbaik/cantik :

gambar yang sempurna dari segi pencahayaan, penggunaan warna, subject, dan penceritaan. Bonus bagi mobile phone photography enthusiast adalah bila hasilnya berkualiti setaraf camera dslr.

– Abeden Mung , 2018

Tips utama yang paling penting dalam mobilegraphy :

tips paling utama ialah utk mendapatkan pengcahayaan yang cukup dan penggunaan warna yang jelas.

– Abeden Mung , 2018

Adakah model telefon memain peranan dalam menghasilkan gambar mobilegraphy yg terbaik :

memainkan peranan utk mendapatkan kualiti yg berbeza. Tetapi jika hanya ingin melihat dari segi penceritaan sesebuah gambar, model telefon tidaklah terlalu memainkan peranan.

– Abeden Mung , 2018

Sedikit motivation untuk sesiapa yang ingin mencuba mobilegraphy :

jangan lepaskan peluang utk berkarya walaupun hanya menggunakan telefon pintar kerana fleksibiliti fotografi menggunakan telefon lebih menjurus kearah mencipta sesuatu yg lebih kreatif disebabkan oleh keterbatasan sebuah telefon camera

– Abeden Mung , 2018

Penghargaan :

Abeden Mung

Professional photographer/mobilegrapher

 

Ditulis oleh :

Maizatul ezza

Khairul afif