Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Semoga anda yang membaca artikel ini sihat selalu. Hah artikel yang ingin kami kongsi kepada anda ini mungkin ada yang ramai tidak tahu. Anda semua tahu tak dunia kita ni dah masuk ke ambang revolusi yang semakin meningkat dan berkembang? Jangan risau, kalau ada yang masih belum tahu, meh kami kongsikan sedikit maklumat kepada uols mengenai serba sedikit maklumat mengenai salah satu teknologi yang telah berkembang di negara kita ini, iaitu tekonologi Realiti maya (VR).

Ramai orang melihat teknologi VR sebagai satu model untuk dunia sebenar. Ada yang berpendapat bahawa VR ialah satu bentuk yang lebih canggih bagi perkakasan komputer. Ada pula yang berpandangan bahawa sistem VR perlu ada perisian keras, seperti head mounted display, feedback glove, full body suit dan lain-lain. Tetapi sebenarnya teknologi Realiti Maya atau Virtual Reality (VR) adalah persekitaran yang dihasilkan oleh komputer. Kebanyakan persekitaran realiti maya menumpu kepada pengalaman visual, dipaparkan sama ada pada skrin komputer atau melalui paparan stereoskop khas, tetapi sebahagian simulasi memasukkan maklumat deria tambahan, seperti bunyi melalui pembesar suara atau fon kepala.

Virtual Reality/ dicipta oleh Jaron Lanier pada tahun 1989. Lanier merupakan salah seorang peneroka dalam bidang ini, menubuhkan syarikat VPL Research (daripada “Virtual Programming Languages”) yang mencipta sebahagian sistem pertama pada tahun 1980. Istilah berkait realiti buatan telah digunakan semenjak 1970 dan alam siber semenjak tahun 1984.

Kenapa Realiti Maya?

Kita mungkin rasakan ia memerlukan usaha yang banyak, tapi memang pun! Tapi kenapa ramai yang ingin mencipta teknologi ini? Kerana nilainya dalam industri hiburan adalah nyata. Cuba bayangkan filem dan game komputer dalam VR? Ia pasti boleh memberikan pengalaman yang baharu kepada pengguna.

Selain daripada dunia hiburan, teknologi VR ini juga boleh menyumbang dalam pelbagai jenis bidang yang lain seperti:

  1. AUTOMOTIF

​Industri automotif dapat memanfaatkan begitu banyak keuntungan untuk ekonomi Malaysia, berbanding dengan industri lain dalam sektor pembuatan di Malaysia. Maka, industri automotif telah ditugaskan untuk meningkatkan proses pengindustrian supaya Malaysia berjaya jadi sebuah negara maju pada 2020. Dengan menyahut cabaran ini, industri automotif menggunakan teknologi VR dan model 3D pada fasa berlainan seperti industri lain di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2007, syarikat Proton dari Malaysia telah menubuhkan pusat VR sendiri supaya dapat digunakan dalam mereka, menyemak dan menyelesaikan masalah, serta memasang. Penubuhan pusat VR ini dapat menyenangkan proses pembuatan kereta. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan kualiti kereta dan juga reputasi syarikat dalam negara.

2. SUKAN

Realiti Maya (VR) semakin digunakan dalam industri sukan untuk mencipta pengalaman baru untuk penonton yang membolehkan peminat duduk di rumah dan merasa seperti mereka mempunyai slot kerusi di barisan hadapan. Permainan interaktif dalam arena atau stadium kepada pasukan anda juga boleh meletakkan peminat seperti berada di tengah-tengah stadium – walaupun secara maya.

3. PERUBATAN

Bidang penjagaan kesihatan ialah salah satu penggunaan terbesar VR yang merangkumi simulasi pembedahan, rawatan fobia, pembedahan robotik dan latihan kemahiran. Salah satu kebaikan teknologi VR ini dalam bidang perubatan adalah membenarkan seseorang yang berprofesional dalam penjagaan kesihatan mempelajari kemahiran baru serta memantapkan pengetahuan yang sedia ada dalam satu persekitaran yang selamat. 
Kini, teknologi VR juga popular digunakan dalam surgeri robotik. Ini ialah satu pembedahan yang dijalankan dengan menggunakan kaedah robotik.

4. SENI

Di dalam dunia VR, anda semua bebas melakukan apapun tanpa dan mempengaruhi lingkungan di dunia nyata. Hingga kini terlahir beragam aplikasi seni VR yang memberikanmu kebebasan berekspresi dan berkreasi sesuai dengan keinginanmu tanpa batas. Seni merupakan sebuah imajinasi yang diciptakan oleh manusia dengan kreatif untuk mengungkapkan perasaan dari manusia itu sendiri. Teknologi VR memudahkan pengguna untuk bebas mengekspresikan diri dalam membuat karya seni. Berikut merupakan contoh aplikasi seni VR berikut yang mungkin belum kamu ketahui sebelumnya.

i. Masterpiece VR

Masterpiece VR adalah alat kreasi seni 3D yang menawarkan banyak fitur baru yang tidak dimiliki alat VR lain, seperti antarmuka multi-pengguna. Aplikasi ini memungkinkanmu untuk menggunakan lebih dari 20 alat dan kamu dapat bekerja secara kolaboratif dengan 3 kawan-kawan. MasterpieceVR juga memberikan kemampuan untuk menggunakannya dalam mode jendela desktop saat berada dalam VR, memungkinkanmu untuk menonton gambar atau video di jendela lain untuk referensi. Kamu juga bisa membuat karya bersama teman dengan menggunakan Master Piece VR ini.

ii. Quill

Quill adalah aplikasi seni VR yang dapat menggunakan beberapa kategori sekaligus, yaitu interactive comic book, VR film, dan VR creation tool. Aplikasi tersebut juga bukan sebuah game, akan diawali dengan film pendek 360 derajat berjudul Dear Angelica yang menampilkan cerita yang cukup menarik. Meskipun demikian, film pendek ini belum selesai pada saat diresmikan di festival film Sundance. Quill membuat pengguna bisa menggambar dan menghias gambar menggunakan alat editing dan pilihan layering yang memanfaatkan perangkat pengendali Oculus Touch. Aplikasi ini juga menawarkan fungsi serupa dengan Google Tilt Brush, yang saat ini hanya tersedia untuk HTC Vive.

5. PEMBELAJARAN

Dalam dunia pendidikan, pelbagai jenis teknologi telah diaplikasikan dalam sistem pendidikan. Revolusi teknologi membolehkan pendekatan baru digunakan dalam proses P&P. Salah satu teknologi konduktif kepada pembinaan alat inovatif untuk pendidikan adalah teknologi VR, yang menawarkan persekitaran komputer dalam bentuk 3D serta sistem interaksi yang lebih efektif, dan meningkatkan motivasi kepada proses pembelajaran.

VR boleh membantu kita meneroka alam yang lebih jauh berbanding dengan apa yang kita ada sekarang. Apabila kita ingin melakukan sesuatu yang bahaya, mahal atau tidak praktikal kita boleh bergantung kepada simulasi dari VR untuk mencubanya. Buat masa ini, VR masih dalam peringkat pengenalan. Harganya mahal, tetapi kita boleh agak bahawa harga boleh menurun tahun demi tahun berdasarkan sejauh mana perkembangan teknologi ini.

Kebaikan Sistem Realiti Maya

Terdapat banyak jenis sistem realiti maya diluar sana tetapi semuanya mempunyai ciri-ciri yang sama seperti kebolehan membenarkan pengguna untuk melihat objek 3 dimensi dan berinteraksi dengannya.

Pada masa yang sama, VR akan berubah mengikut sudut pandangan anda. Sesetengah objek akan bergerak dan respond kepada pergerakan mata dan kepala anda.

Selain itu, alam maya ini seharusnya memberikan tindak balas serta merta, sebaik sahaja pengguna berinteraksi dengan sekitar mereka. Masalah akan berlaku sekiranya tindak balas tidak serentak dengan pergerakan pengguna, ia akan mengganggu pengalaman pengguna tersebut.

KESIMPULAN

Realiti maya adalah salah satu usaha untuk mendatangkan alam maya kepada pengguna dimana mereka boleh berinteraksi secara spontan dengan objek maya tersebut. Penggunaan teknologi Virtual Reality dalam dunia pendidikan adalah suatu usaha yang sedang dilakukan oleh banyak negara di dunia sejak munculnya gerakan revolusi industri 4.0.

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.