1 Jun 2019
Pendaftaran & Penghantaran abstrak & poster inovasi.
iTREX 2019 ialah kesinambungan daripada program Technology and Research Exhibition (TREX) yang diadakan setahun sekali oleh FSTM sebelum ini. Namun penyertaan TREX yang lepas hanya mensasarkan pelajar tahun akhir dan terbuka kepada pelajar yang mengambil subjek tertentu untuk dinilai oleh penilai dalaman, penilai industri dan pensyarah. Untuk iTREX2019 kali ini, penyertaan dibuka lebih meluas kepada golongan profesional, para penyelidik, pensyarah dan pelajar yang ingin mengetengahkan hasil inovasi dan penyelidikan mereka melalui pembentangan poster penyelidikan dan demonstrasi produk mereka.
Tujuan utama iTREX2019 ini adalah sebagai satu landasan bagi para penyelidik, pelajar pasca siswazah dan penggubal dasar dalam bidang teknologi maklumat dan multimedia, pendidikan dan sains sosial untuk berkongsi maklumat, penemuan dan inovasi terkini dalam penyelidikan di kalangan ahli akademik serta mengenal pasti isu dan cabaran masa kini dalam membudayakan penyelidikan bagi menyediakan idea dalam memenuhi keperluan generasi akan datang.
iTREX2019 juga akan memberi pendedahan awal kepada pemegang-pemegang geran, para pelajar pasca siswazah dan pelajar di peringkat sarjana dan diploma untuk berkongsi kepakaran dan mencambah idea daripada komen panel jemputan yang terdiri daripada ahli akademik dan industri. Poster dan produk penyelidikan ini akan dinilai oleh panel dari KUIS dan panel jemputan luar. Hadiah dan sijil akan diberikan kepada pemenang-pemenang.
TEMA
Smart and Creative Innovation.
SUBTEMA
# Sains Sosial (Social Science).
# Inovasi Kitar Semula (Recycle Innovation).
# Seni Lukis & Seni Kreatif (Creative Art & Drawing).
# Kandungan Kreatif & Multimedia (Creative Content & Multimedia).
# Aplikasi & Pengaturcaraan Mobil (Mobile Computing & Application).
# Teknologi Pendidikan & Pengajaran (Teaching & Educational Technology).
Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM), RMC dan anjuran bersama KUISCELL.
17 Julai 2019 (Rabu).
8 pagi - 5 petang.
Pusat Konvensyen KUIS (http://bit.ly/mapfstm).
Pendaftaran & Penghantaran abstrak & poster inovasi.
2nd iTREX 2019.