how to make free website

iTREX 2018

INNOVATION, TECHNOLOGY AND RESEARCH EXHIBITION 2018 (iTREX2018)
17 Julai 2018, Pusat Konvensyen KUIS

Mobirise
  1. PENGENALAN - iTREX 2018 ialah kesinambungan daripada program Technology and Research Exhibition (TREX) yang diadakan setahun sekali oleh FSTM sebelum ini. Namun penyertaan TREX yang lepas hanya mensasarkan pelajar tahun akhir dan terbuka kepada pelajar yang mengambil subjek tertentu untuk dinilai oleh penilai dalaman, penilai industri dan pensyarah. Untuk iTREX2018 kali ini, penyertaan dibuka lebih meluas kepada golongan profesional, para penyelidik, pensyarah dan pelajar yang ingin mengetengahkan hasil inovasi dan penyelidikan mereka melalui pembentangan poster penyelidikan dan demonstrasi produk mereka.
  2. TUJUAN - Tujuan utama iTREX2018 ini adalah sebagai satu landasan bagi para penyelidik, pelajar pasca siswazah dan penggubal dasar dalam bidang teknologi maklumat dan multimedia, pendidikan dan sains sosial untuk berkongsi maklumat, penemuan dan inovasi terkini dalam penyelidikan di kalangan ahli akademik serta mengenal pasti isu dan cabaran masa kini dalam membudayakan penyelidikan bagi menyediakan idea dalam memenuhi keperluan generasi akan datang. 
  3. POSTER - iTREX2018 juga akan memberi pendedahan awal kepada pemegang-pemegang geran, para pelajar pasca siswazah dan pelajar di peringkat sarjana dan diploma untuk berkongsi kepakaran dan mencambah idea daripada komen panel jemputan yang terdiri daripada ahli akademik dan industri. Poster dan produk penyelidikan ini akan dinilai oleh panel dari KUIS dan panel jemputan luar. Hadiah dan sijil akan diberikan kepada pemenang-pemenang.
  4. KERTAS KERJA - Satu sesi pembentangan kertas kerja juga akan diadakan, memberi peluang pembentangan penyelidikan dari KUIS dan penyertaan dari Pusat Pengajian tinggi awam dan swasta yang lain.
  5. TEMA - Kesan 4IR terhadap teknologi maklumat & komunikasi di Malaysia
  6. ANJURAN - Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM), RMC dan anjuran bersama KUISCELL
  7. TARIKH - 17 Julai 2018 (Selasa) 8pagi - 5ptg
  8. TEMPAT - Pusat Konvensyen KUIS ( http://bit.ly/mapfstm )

Perincian iTREX

i) Ahli akademik dalam dan luar negara
ii) Ahli akademik IPTA , IPTS, Kolej Universiti,
iii) Pelajar PhD dan sarjana
iv) Pentadbir dan profesional pelbagai bidang
v) Pegawai penyelidik
vi) Pembuat polisi
vii) Pekerja komuniti
viii) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs)
ix) Individu/kumpulan yang berminat dengan pengurusan penyelidikan & inovasi
x) Pelajar sekolah 

Teknologi Pendidikan dan Pengajaran
b. Aplikasi dan Pengaturcaraan Mobil (Mobile Computing and
Application)
c. Kreatif Konten dan Multimedia (Creative Content and
Multimedia)
d. Sains Sosial 

iTREX2018 mampu memberikan impak yang besar kepada universiti (KUIS) terutama dalam membina jaringan dan sokongan penyelidikan, inovasi dan penerbitan melalui pameran penyelidikan, pertandingan inovasi hasil daripada penyelidikan dan pembentangan kertas kerja. iTREX2018 ini dharap menjadi satu platform bagi penyelidik dalam dan luar KUIS mengembangkan idea dan penyelidikan mereka ke arah penghasilan produk inovasi selari dengan Strategi peningkatan bintang MyRA bagi kriteria inovasi.

Mobirise

Tarikh-tarikh penting

1 Jun 2018

Panggilan kedua
Pendaftaran poster inovasi
Tarikh akhir Penghantaran abstrak 

1 Julai 2018

Tarikh akhir Penghantaran Kertas Prosiding

17 Julai 2018

Pameran & Seminar

Kategori IPT/Profesional

RM                          400
  • Pembentang kertas kerja
  • Pameran Poster

Kategori Sekolah

RM                          250
  • Pembentang Kertas Kerja
  • Pameran Poster

Akaun Bank

 
  • KUISCELL SDN BHD
  • 12-0290-1006-4136
  • Bank name : BANK ISLAM (M) BERHAD, CAWANGAN BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
  • Swift code : BIMBMYKL Bank Islam Malaysia Berhad

DAFTAR DI SINI
Pendaftaran terbuka kepada ahli akademik, penyelidik dan pelajar sekolah. Pilih sama ada anda berminat dengan pembentangan poster atau kertas kerja ilmiah.

Penganjur

MEDIA SOSIAL

MOHON KONGSI

Mobirise
Poster iTREX 2018

Alamat Lokasi

Pusat Konvensyen KUIS
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra


Hubungi

Email: itrex@kuis.edu.my                     
Telefon: +603 8911 7197
WhatsApp: +60 11 3921 3936
Fax: +603 8925 4473