Category Archives: LATIHAN INDUSTRI

Pengenalan

Jabatan Latihan Industri di FSTM telah ditubuhkan pada tahun 2000 untuk menyelia dan menguruskan operasi latihan industri di peringkat fakulti. Latihan Industri adalah subjek WAJIB bagi kesemua pelajar FSTM.

Para pelajar akan menjalani latihan industri di organisasi pilihan mereka selama samada 12 minggu (untuk pelajar Diploma dan Sarjana Muda).

Objektif bagi Latihan Industri adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada pengalaman di alam pekerjaan yang berkaitan teknologi maklumat dan/atau sains komputer.

Sebagai tambahan, para pelajar akan dapat merasai peluang mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dalam kelas kepada tugasan atau projek yang berkaitan dengan bidang teknologi maklumat dan/atau sains komputer.

Untuk maklumat lanjut, sila ke laman sesawang rasmi KUIS.