Selamat Menjalani Latihan Industri (LI)

PENGUMUMAN PENTING

Di sini saya ingin sampaikan beberapa perkara:

1. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat tempat LI.

2. Kepada yang tiada tempat sebelum ini dan telah memilih syarikat daripada senarai yang saya berikan, mohon jasa baik untuk menghubungi syarikat tersebut bagi tujuan penggantian. Anda boleh PM rakan anda yang berjaya mendapat tempat tersebut dengan merujuk daripada senarai syarikat yang saya keluarkan.

3. Kepada pelajar yang ingin menolak tempat LI, sila emelkan surat penolakan berdasarkan template yang akan saya berikan nanti dan cc ke email lifstm.kuis@gmail.com. Salinan emel (cc) tersebut adalah penting untuk memastikan yang anda telah menolak tawaran tersebut. Ini penting untuk jaga nama baik KUIS dan junior anda yang akan memohon kelak.

4. Tempoh LI adalah daripada 2 Mei 2017 (Selasa)  hingga 28 Julai 2017 (Jumaat)

4. Jika terdapat sebarang masalah di tempat LI, jangan segan untuk menghubungi saya.

Sekian, terima kasih.

Selamat menjalani Latihan Industri.

Kordinator LI

1 Mei 2017