create a website

Latihan Industri 
Fakulti Sains & Teknologi Maklumat

Laman web Latihan Industri ini bertujuan memberikan maklumat dan panduan kepada pelajar-pelajar Fakulti Sains & Teknologi Maklumat (FSTM) yang akan menjalani latihan industri pada semester yang terakhir pengajian di FSTM. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi Ketua Koordinator Latihan Industri FSTM dengan segera.

TARIKH BERAKHIR LATIHAN INDUSTRI

SESI 1 2018 / 2019

Tarikh Mula Latihan Industri
Sesi II 2018/2019

Sila prihatin dan bersikap lebih proaktif dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan Latihan Industri FSTM.

TAKWIM LATIHAN INDUSTRI

Tarikh-Tarikh Penting Latihan Industri Sesi II 2018/2019

Taklimat Latihan Industri (7/Jun/2018)

Sesi taklimat ini WAJIB dihadiri oleh semua pelajar yang merancang untuk menjalani Latihan Industri pada sesi II 2018/2019. Borang Pendaftaran Latihan Industri akan diedarkan semasa sesi taklimat diberikan. Capaian Ke Group Whatsapp Khas LI akan diberikan semasa taklimat.

Pendaftaran Latihan Industri (Dateline akhir: 6/Julai/2018)

Pelajar yang merancang untuk menjalani Latihan Industri pada sesi II 2018/2019 WAJIB mendaftar Latihan Industri dengan menghantar borang pendaftaran bersama-sama dokumen sokongan kepada Ketua Koordinator LI FSTM. Dokumen sokongan tersebut adalah:
i. Struktur Pengajian / Program Structure
ii. Transkrip Separa / Partial Transcript 
iii. Laporan Perkembangan Akademik / Academic Progress Report.
iv. Resume / Curculum Vitae
v. Surat Permohonan Melakukan LI Di Luar Kawasan / Application Letter to Undergo LI Out of Designated Area (Jika Berkenaan)

Mendaftar Lokasi Latihan Industri 

Pelajar mesti mendaftarkan tiga (3) nama dan alamat organisasi sebagai cadangan di mana Latihan Industri akan diadakan. Pemilihan organisasi hendaklah menepati pengajian yang dilalui oleh pelajar samada di dalam bidang Multimedia, Pengaturcaraan, Rangkaian, Pembangunan Sistem dan Pangkalan Data atau mana-mana bidang yang berkaitan. Surat Pengesahan akan dikeluarkan kepada pelajar yang menepati syarat tersebut.

Menghantar Permohonan Latihan Industri ke Organisasi 

Pelajar yang telah mendapat Surat Pengesahan dari Ketua Koordinator Latihan Industri boleh menghantar permohonan menjalani Latihan Industri di Organisasi yang telah didaftarkan. Dokumen yang MESTI dikepilkan semasa permohonan ke organisasi adalah:
i. Surat atau Email Permohonan /application letter or email
ii. Resume / Curculum Vitae
iii. Transkrip Separa / Partial Transcript  
iv. Surat Pengesahan Pelajar KUIS / KUIS Student Verification Letter
v. Borang maklum balas Organisasi / Feedback Form

Keputusan Peperiksaan Sesi I 2018/2019 (29 Nov 2018)

Selepas keputusan diumumkan pelajar mesti menyemak keputusan yang diperolehi dan hendaklah memaklumkan kepada Ketua Koordinator LI FSTM sekiranya ada matapelajaran yang GAGAL.

Bermula Latihan Industri (17 Disember 2018)

Pelajar yang telah menerima makluma balas TERIMA dari organisasi akan memulakan Latihan Industri. Borang lapor diri hendaklah dihantar secara pos/email kepada Ketua Koordinator LI FSTM dalam tempoh 10 hari selepas melapor diri.

Lawatan Penyelia Akademik (18 Feb 2019)

Pelajar akan dilawati dan dinilai oleh Penyelia Akademik FSTM untuk melihat perkembangan pelajar di organisasi. Peljar diwajibkan membentangkan progres di organisasi dan menunjukkan Buku Log dan Buku Laporan LI yang telah dihasilkan. Borang penilaian boleh dimuat turun dari laman web ini.

Tamat Latihan Industri (15 Mac 2019)

Pelajar akan menamatkan Latihan Industri yang dilalui dan menyiapkan segala Laporan dan Buku Log untuk diserahkan kepada Ketua Koordinator Latihan Industri

Penghantaran Laporan Akhir dan Buku Log Latihan Industri (tarikh akhir:29 Mac 2019)

Laporan akhir dan buku log yang telah siap dijilidkan hendakanlah dihantar sama ada secara pos atau serahan tangan ke pejabat Ketua Koordinator Latihan Industri tidak lewat dari 29 Mac 2019.

FSTM, KUIS

HUBUNGI KAMI

Email: lifstm.kuis@gmail.com
             muizz@kuis.edu.my
Telefon (Pejabat): 03 8911 7000 (1123)
Mudah Alih: 0189899072 (Muizz)
Faks: 03 8925 4473

DAFTAR

Dapatkan maklumat dari kami secara berkala

BERHUBUNG DENGAN KAMI