Latihan Industri 
Fakulti Sains & Teknologi Maklumat

Laman web Latihan Industri ini bertujuan memberikan maklumat dan panduan kepada pelajar-pelajar Fakulti Sains & Teknologi Maklumat (FSTM) yang akan menjalani latihan industri pada semester yang terakhir pengajian di FSTM. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi Ketua Koordinator Latihan Industri FSTM dengan segera.

Tarikh Mula Latihan Industri
FSTM

Sila prihatin dan bersikap lebih proaktif dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan Latihan Industri FSTM.

TAKWIM LATIHAN INDUSTRI

Aktiviti Penting Latihan Industri FSTM

Taklimat Latihan Industri 

Sesi taklimat ini WAJIB dihadiri oleh semua pelajar yang merancang untuk menjalani Latihan Industri pada sesi berikutnya. Borang Pendaftaran Latihan Industri  dan Capaian Ke Group Whatsapp Khas LI akan diedarkan semasa sesi taklimat diberikan.  Pelajar yang gagal menghadiri sesi taklimat akan diminta untuk menghantar surat tunjuk sebab.

Pra-Pendaftaran Latihan Industri 

Pelajar yang merancang untuk menjalani Latihan Industri pada sesi berikutnya WAJIB mendaftar Latihan Industri dengan menghantar borang pendaftaran bersama-sama dokumen sokongan kepada Ketua Kordinator Latihan Industri & Jaringan Komuniti (KLIJK) FSTM. Dokumen sokongan tersebut adalah:
i. Struktur Pengajian / Program Structure
ii. Transkrip Separa / Partial Transcript 
iii. Laporan Perkembangan Akademik / Academic Progress Report.
iv. Resume / Curculum Vitae
v. Surat Permohonan Melakukan LI Di Luar Kawasan / Application Letter to Undergo LI Out of Designated Area (Jika Berkenaan)

Pelajar yang melengkapkan Proses Pendaftaran dan layak akan dikeluarkan Surat Pengesahan Menjalani LI oleh Ketua Penyelaras Latihan Industri dan Jaringan Komuniti FSTM

Menghantar Permohonan Latihan Industri ke Organisasi 

Pelajar yang telah mendapat Surat Pengesahan dari Ketua Koordinator Latihan Industri dan Jaringan Komuniti FSTM boleh menghantar permohonan menjalani Latihan Industri di Organisasi yang telah didaftarkan. Dokumen yang MESTI dikepilkan semasa permohonan ke organisasi adalah:
i. Surat atau Email Permohonan /application letter or email
ii. Resume / Curculum Vitae
iii. Transkrip Separa / Partial Transcript
iv. Surat Pengesahan Pelajar KUIS / KUIS Student Verification Letter
v. Borang maklum balas Organisasi / Feedback Form

Keputusan Peperiksaan 

Selepas keputusan diumumkan pelajar mesti menyemak keputusan yang diperolehi dan WAJIB memaklumkan kepada Ketua Koordinator Latihan Industri dan Jaringan Komuniti FSTM sekiranya ada matapelajaran yang GAGAL.

Pelajar yang mempunyai subjek GAGAL mesti menyelesaikan subjek tersebut terlebih dahulu sebelum menjalani Latihan Industri. Pelajar yang telah mendapat tempat disyarikat sekiranya mendapat keputusan GAGAL, mesti berhenti dari menjalani Latihan Industri serta merta dan hendaklah memaklumkan pihak syarikat.

Bermula Latihan Industri 

Pelajar yang telah menerima makluma balas TERIMA dari organisasi akan memulakan Latihan Industri. Borang lapor diri hendaklah dihantar secara pos/email kepada Ketua Koordinator Latihan Industri dan Jaringan Komuniti FSTM dalam tempoh 10 hari selepas melapor diri. Pelajar yang mendapat lebih dari 1 tawaran mesti menghantar surat penolakkan (Decline) kepada syarikat lain yang tidak dipilih.

Pelajar yang telah melapor diri TIDAK DIBENARKAN menukar syarikat ke syarikat lain. Sekiranya timbul sebarang isu atau masalah semasa menjalani latihan industri, pelajar mestilah memaklumkan isu atau masalah yang dialami kepada Ketua Koordinator Latihan Industri dan Jaringan Komuniti FSTM secepat mungkin melalui email atau whatsapp.

Lawatan Penyelia Akademik 

Pelajar akan dilawati dan dinilai oleh Pensyarah FSTM untuk melihat perkembangan pelajar di organisasi selepas minggu ke 7. Sesi penilaian akan berlangsung selama 4 minggu. Pelajar diwajibkan menyediakan perkara berikut semasa sesi lawatan:

i. Membentangkan (Slide) progres di organisasi
ii. Menunjukkan Buku Log yang telah disahkan penyelia syarikat
iii. Menunjukkan sebahagian Laporan LI yang telah dihasilkan.
iv. *Mencetak Borang penilaian penyelia FSTM & Syarikat untuk diisi penyelia (borang boleh dimuat turun dari laman web ini) 

* semasa situasi PKP penilaian dibuat secara online dan link ke borang penilaian akan disediakan oleh Ketua Koordinator Latihan Industri dan Jaringan Komuniti FSTM

Tamat Latihan Industri 

Pelajar akan menamatkan Latihan Industri yang dilalui dan menyiapkan segala Laporan dan Buku Log untuk diserahkan kepada Pensyarah FSTM yang telah menilai. Buku laporan LI dan buku Log hendaklah digabungkan sekali semasa proses binding. Cover warna hijau adalah untuk pelajar sarjana muda manakala cover warna biru adalah untuk pelajar diploma.

Penghantaran Laporan Akhir dan Buku Log Latihan Industri.

Laporan akhir dan buku log yang telah siap dijilidkan (digabungkan dan comb binding) hendaklah dihantar sama ada secara pos atau serahan tangan ke pejabat pensyarah yang menilai 2 minggu dari tarikh tamat latihan industri bagi memudahkan urusan penyediaan markah akhir.

Penyediaan Markah

Markah dari penyelia industri dan penilai FSTM akan dikumpulkan oleh Ketua Koordinator Latihan Industri dan Jaringan Komuniti FSTM untuk pengesahan markah. 

Fakulti Sains & Teknologi Maklumat, KUIS

HUBUNGI KAMI

Email: lifstm.kuis@gmail.com
             sazanah@kuis.edu.my
Telefon (Pejabat): 03 8911 7000 (1123)
Faks: 03 8925 4473

DAFTAR

Dapatkan maklumat dari kami secara berkala

BERHUBUNG DENGAN KAMI

This page was made with Mobirise