UTAMA


SEMINAR TEKNOLOGI MAKLUMAT & MASYARAKAT 2014


Pengenalan

Penyelidikan telah lama menjadi teras pembangunan kepada sesebuah masyarakat yang berilmu. Selaras dengan itu, buat julung kalinya Jabatan Penyelidikan & Pengkomersialan (JPP) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menganjurkan satu seminar iaitu Seminar Teknologi Maklumat & Masyarakat 2014 (STMM2014).

Pihak kami menjemput semua penyelidik, ahli akademik, para pelajar dan pihak industri untuk turut sama menyertai seminar yang diadakan ini demi menyumbang kepada pembangunan masyarakat.


Tema

Penyelidikan Menjana Masyarakat Berilmu


Skop Kertas Kerja

Semua kertas kerja dan hasil penyelidikan berkaitan dengan teknologi maklumat serta bidang-bidang lain yang berkaitan dengan aplikasi teknologi dalam pembangunan masyarakat turut dialu-alukan.