Produk Inovasi FSTM
Apps Islamik hasil usaha FSTM –Fakulti Sains & Teknologi Informasi, KUIS
Alhamdulillah, hasil usaha beberapa orang pensyarah, pelajar dan alumni FSTM maka terhasilnya apps Islamik berikut yang sedia untuk dimuat-turun oleh pengguna.
Smart Solat
Apps Panduan menunaikan solat lima waktu dengan kerjasama Ustaz Don daniyal Biyajid sebagai suara bacaan dan pakar rujuk isi kandungan. Disediakan juga dalam tiga bahasa; Melayu, Inggeris dan Perancis. Juga disediakan animasi 2D proses mengangkat wudhu’.
Apps ini berbayar. Untuk muat-turun versi percuma sila dapatkan di http://bit.ly/smartsolat
https://play.google.com/store/apps/details?id=air.creativevault.smartsolat
Al-Ma’thurat
Al-Mathurat bersama Ustaz Don mengandungi wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Wirid, Doa, Zikir dan Istighfar dalam Al-Mathurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani. Bacaan di dalam Al-Mathurat ini diperdengarkan oleh suara Ustaz Don Daniyal.
Kerjasama dengan MadCat World Sdn Bhd
Versi Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.madcatworld.alMathurat
Versi iPhone: https://itunes.apple.com/us/app/almathurat-bersama-ustaz-don/id601345857
Panduan Solat Jama’ dan Qasar
Solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.
Applikasi ini menyediakan panduan dan cara melaksanakan solat jamak dan qasar.
Versi Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=air.solatJamakQasar
Ratib al-Attas
Ratib Al-Attas ini dikarang oleh al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas dan sekarang telah berusia kira-kira 400 tahun. Ratib yang dimaksudkan di sini berasal dari perkataan (rattaba) berarti mengatur atau menyusun. Ratib adalah sesuatu yang tersusun, teratur dengan rapinya. Ratib al-Attas mengandung zikir, ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang telah disusun oleh al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas yang juga dibaca pada waktu-waktu yang tertentu.
Versi Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=air.ratibAttas