ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Bahagian Teknologi Maklumat

Profil

title bottom left

Unit Komputer (UKOM) telah ditubuhkan pada 3 Ogos 1998 dan sekaligus mengambil alih tugas yang selama ini dipertanggungjawabkan kepada Unit Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia (kini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Insan).

Berkuatkuasa pada 14 Februari 2000, UKOM telah dinaik taraf kepada Pusat Perkhidmatan Komputer dan Multimedia (CMSC - Computer and Multimedia Service Center) manakala pada 11 Januari 2002, nama CMSC ditukar kepada Pusat Teknologi Maklumat (PTM).

Kini jabatan ini telah dinaik taraf kepada Bahagian Teknologi Maklumat mulai tahun 2010, selari dengan perkembangan teknologi maklumat di KUIS. Telah beroperasi di bawah seliaan Pejabat Pendaftar sehingga 31 Mac 2014, diselia oleh Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan & Pengantarabangsaan) sehingga 14 Ogos 2020 dan kini kembali diselia oleh Pejabat Pendaftar.

Terkini, BTM kini disokong oleh empat (4) seksyen iaitu :

  • Seksyen Pengurusan Aplikasi dan Pangkalan Data

  • Seksyen Pengurusan Rangkaian dan Keselamatan ICT

  • Seksyen Pengurusan Digital dan Laman Web

  • Seksyen Pengurusan Operasi dan Khidmat Sokongan ICT

 

Perkhidmatan yang disediakan

title bottom left

  • Sistem eKampus
    Modul Pelajar, Modul Kewangan dan Modul Pengurusan Sumber Manusia

  • Aplikasi Web
    Online Application, Learning Management System, Portal Pegawai dan Portal Pelajar

  • Laman Web
    www.kuis.edu.my

  • Emel
    www.gmail.com

  • Learning Management System
    kLMS