ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor hari ini menerima kunjungan hormat delegasi dari Universitas Ahmad Dahlan, Yogyakarta Indonesia bagi membincangkan beberapa matlamat MoU yang telah dimeterai bersama KUIS. Antara lain, membincangkan objektif pertukaran pelajar antara dua institusi dan tawaran bagi mengikuti kursus jangka pendek khusus buat Fakulti Pengajian Islam.

Barisan delegasi tersebut ialah Dr. Arif Rahman, Wakil Dekan FAI; Dr. Jannatul Husna,Kepala Program Studi Ilmu Hadis; Dr. Yoyo, Kepala Program Studi Bahasa dan Sastra Arab; Yazida Ichsan, Kepala Program Studi Pendidikan Agama Islam; Dwi Santosa Pambudi, Kepala Program Studi Perbankan Syariah; dan Dr. Suyadi, Kepala Program Studi Magister Pendidikan Agama Islam.

YBhg. Dr. Zetty Nurzuliana Rashed, Timbalan Rektor Akademik dan Pengantarabangsaan bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr Abdul Razif Zaini dan Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Komuniti dan Industri, Dr Mokmin Basri berkesempatan meraikan kunjungan dan meluangkan masa bertukar pandangan dalam perbincangan ini.

Berita KUIS 2022