ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      COVID-19

Berita KUIS

Pihak Pengurusan KUIS dan seluruh warga KUIS ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih kepada para penyumbang yang telah memberikan sumbangan dana bagi bantuan Tabung Khas Covid-19 (TKC-19) yang telah dilancarkan bermula Disember 2019 sehingga kini.

Jumlah keseluruhan sumbangan dana yang diterima adalah berjumlah RM221,365.55. Manakala kadar agihan bantuan Tabung Khas Covid-19 ini adalah seperti berikut:

  • Sumbangan kepada yang hilang sumber pendapatan adalah RM71,056.00 (37%)
  • Sumbangan kepada pesakit Covid-19 berjumlah RM 51,800.00 (27%)
  • Sumbangan kepada kontak rapat RM23,000.00 (12%)
  • Bantuan lain berjumlah RM46,785.00 (24%)

Semoga semua para penyumbang mendapat pahala dan ganjaran yang sebaiknya di sisi Allah SWT dan semoga Allah SWT memberkati semua usaha dan sumbangan yang diberikan.

CARTA LAPORAN TKC 19