bootstrap theme

iTREX 2019

INNOVATION, TECHNOLOGY AND RESEARCH EXHIBITION 2019 (iTREX2019)
17 Julai 2019, Pusat Konvensyen KUIS

Mobirise
  1. PENGENALAN - iTREX 2019 ialah kesinambungan daripada program Technology and Research Exhibition (TREX) yang diadakan setahun sekali oleh FSTM sebelum ini. Namun penyertaan TREX yang lepas hanya mensasarkan pelajar tahun akhir dan terbuka kepada pelajar yang mengambil subjek tertentu untuk dinilai oleh penilai dalaman, penilai industri dan pensyarah. Untuk iTREX2019 kali ini, penyertaan dibuka lebih meluas kepada golongan profesional, para penyelidik, pensyarah dan pelajar yang ingin mengetengahkan hasil inovasi dan penyelidikan mereka melalui pembentangan poster penyelidikan dan demonstrasi produk mereka.
  2. TUJUAN - Tujuan utama iTREX2019 ini adalah sebagai satu landasan bagi para penyelidik, pelajar pasca siswazah dan penggubal dasar dalam bidang teknologi maklumat dan multimedia, pendidikan dan sains sosial untuk berkongsi maklumat, penemuan dan inovasi terkini dalam penyelidikan di kalangan ahli akademik serta mengenal pasti isu dan cabaran masa kini dalam membudayakan penyelidikan bagi menyediakan idea dalam memenuhi keperluan generasi akan datang. 
  3. POSTER - iTREX2019 juga akan memberi pendedahan awal kepada pemegang-pemegang geran, para pelajar pasca siswazah dan pelajar di peringkat sarjana dan diploma untuk berkongsi kepakaran dan mencambah idea daripada komen panel jemputan yang terdiri daripada ahli akademik dan industri. Poster dan produk penyelidikan ini akan dinilai oleh panel dari KUIS dan panel jemputan luar. Hadiah dan sijil akan diberikan kepada pemenang-pemenang.
  4. KERTAS KERJA - Satu sesi pembentangan kertas kerja juga akan diadakan, memberi peluang pembentangan penyelidikan dari KUIS dan penyertaan dari Pusat Pengajian tinggi awam dan swasta yang lain.
  5. TEMA - Kesan 4IR terhadap teknologi maklumat & komunikasi di Malaysia
  6. ANJURAN - Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM), RMC dan anjuran bersama KUISCELL
  7. TARIKH - 17 Julai 2019 (Rabu) 8pagi - 5ptg
  8. TEMPAT - Pusat Konvensyen KUIS ( http://bit.ly/mapfstm )

Perincian iTREX

i) Ahli akademik dalam dan luar negara
ii) Ahli akademik IPTA , IPTS, Kolej Universiti,
iii) Pelajar PhD dan sarjana
iv) Pentadbir dan profesional pelbagai bidang
v) Pegawai penyelidik
vi) Pembuat polisi
vii) Pekerja komuniti
viii) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs)
ix) Individu/kumpulan yang berminat dengan pengurusan penyelidikan & inovasi
x) Pelajar sekolah 

a. Teknologi Pendidikan dan Pengajaran (Education & Teaching Technology)
b. Aplikasi dan Pengaturcaraan Mobil (Mobile Computing and
Application)

c. Kreatif Konten dan Multimedia (Creative Content and
Multimedia)

d. Sains Sosial (Social Science)
e. Inovasi & Kitar-semula (Innovation & Recycle )
f. Seni Lukis dan Kreatif (Creative Art and Drawing)

iTREX2019 mampu memberikan impak yang besar kepada universiti (KUIS) terutama dalam membina jaringan dan sokongan penyelidikan, inovasi dan penerbitan melalui pameran penyelidikan, pertandingan inovasi hasil daripada penyelidikan dan pembentangan kertas kerja. iTREX2019 ini dharap menjadi satu platform bagi penyelidik dalam dan luar KUIS mengembangkan idea dan penyelidikan mereka ke arah penghasilan produk inovasi selari dengan Strategi peningkatan bintang MyRA bagi kriteria inovasi.

Mobirise

Tarikh-tarikh penting

1 Jun 2019

Panggilan kedua
Pendaftaran poster inovasi
Tarikh akhir Penghantaran abstrak 

1 Julai 2019

Tarikh akhir Penghantaran Kertas Prosiding

17 Julai 2019

Pameran & Seminar

Kategori IPT/Profesional

RM                          350

  • Pameran Poster

Kategori Pelajar IPT

RM                          150

  • Pameran Poster

Sekolah

  RM50
  • Pameran Poster

DAFTAR DI SINI
Pendaftaran terbuka kepada ahli akademik, penyelidik dan pelajar sekolah. Pilih sama ada anda berminat dengan pembentangan poster atau kertas kerja ilmiah.

Penganjur

Mobirise
Klik-kanan muatturun

MEDIA SOSIAL

MOHON KONGSI

Alamat Lokasi

Pusat Konvensyen KUIS
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra


Hubungi

Email: itrex@kuis.edu.my                     
Telefon: +603 8911 7197
WhatsApp: +60 192028682
Fax: +603 8925 4473