X

11 fungsi VR yang luar biasa zaman ini

 

Ternyata teknologi Virtual Reality bukan hanya digunakan untuk games kerana sering dikaitkan dengan perkembangan teknologi video games, tetapi juga untuk kegunaan lain.

Virtual Reality merupakan persekitaran yang dihasilkan oleh komputer. Diperkenalkan oleh Jaron Lanier i.e. pelopor dan ketua VPL Research. Virtual Reality terdiri daripada dua perkataan iaitu virtual dan realiti yang bererti maya dan realiti. Maksud istilah VR ini merujuk kepada realiti 3D yang dilaksanakan melalui head mounted display dan data glove untuk tujuan input. Teknologi komputer yang mengaplikasikan dunia nyata atau yg dibayangkan dan mensimulasikan kehadiran fizikal dan dijadikan sebagai interaksi dengan pengguna.

SYARAT YANG PERLU ADA DALAM VIRTUAL REALITY

1. Persekitaran maya (Virtual world)

Mempunyai konten yang menciptakan dunia maya dalam bentuk screenplay mahupun script. Persekitaran 3D yang dijanakan oleh komputer untuk membolehkan pengguna mengambil bahagian dalam nyata.

2. Tindak balas (Sensory feedback)

Berfungsi untuk menyampaikan informasi dalam dunia maya ke deria penggunanya.Elemen ini mengandungi visual, audio dan sentuhan. Realiti akan dikesan melalui deria. Kemudian, otak akan membina gambaran 3D.

3. Melihat dan berjalan (Look Walk)

Pengguna Virtual Reality akan merasai pengalaman yang berbeza seperti di bawah ini ↓

    

Aplikasi Virtual Reality ini menggunakan cara melihat dan berjalan (look walk), dimana pengguna bebas berinteraksi dalam dunia 3D dengan cara pengguna menggerakkan kepalanya kebawah, ketepi atau ke atas. Maka, secara automatik sistem akan berjalan mengikut penggerakan pengguna. Pengguna dapat melihat sekeliling dunia 3D dengan bebas.


KEGUNAAN VIRTUAL REALITY

1. Pendidikan

Anda berpeluang mempelajari ilmu-ilmu seperti International Space Station, Anatomy VR, Cybermath, Virtual Garden dan lain-lain dengan stimulus yang berbeza .

2. Pelancongan

Anda dapat merasai keseronokan dan keterujaan seperti sedang mngembara mengelilingi dunia di alam nyata.

3. Perubatan

Walaupun masih belum meluas, Virtual Reality kini dapat dilihat dalam latihan pembedahan dan latihan professional penjagaan kesihatan. Kegunaannya pelbagai dari pengajaran anatomi hinggalah simulasi pembedahan dan penyelidikan dalam bidang perubatan.

4. Hiburan

Bermain video games seperti PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), Minecraft, Grand Theft Auto (GTA) dan lain-lain dengan pengalaman yang baru. Dengan teknologi yang kian canggih seperti treadmill dan pistol. Sebagai pemain, anda akan berasa seperti dalam perlawanan dan peperangan yang sebenar.

5. Pengangkutan

Latihan juruterbang dan krew kabin dalam bidang penerbangan seperti simulasi ketika kecemasan dalam kapal terbang, first- hand practise dan lain-lain sebelum mereka mengalami situasi sebenar.

6. Ketenteraan

Ini termasuk ketiga-tiga perkhidmatan iaitu tentera darat, tentera laut dan angkatan udara. Di mana Virtual Reality digunakan untuk tujuan latihan. Ini amat berguna untuk latihan askar dalam situasi peperangan atau  keadaan bahaya yang lain. Di mana mereka perlu belajar bagaimana bertindak dengan cara yang sesuai. 

7. Perkilangan 

Ergonomic analysis: Menguji kesesuain produk sebenar yang telah dihasilkan.

Pemasaran: Ruang pameran maya untuk kereta.

Biasanya, apabila anda mula memasuki pasaran untuk kereta baru, anda perlu berjumpa pengedar. Mereka akan memaparkan beberapa model dan sering kali tiada warna yang anda cari. Sekarang, bayangkan anda dalam dunia Virtual Reality. Di dalamnya, anda boleh menyesuaikan mana-mana atau membuat  model mengikut citarasa anda sendiri. Anda juga boleh berjalan di sekelilingnya dan duduk di atas kerusi pemandu. Dengan perkembangan alat audio Virtual Reality yang berkualiti, teknologi ini boleh dibawa ke mana-mana ruang pameran, dan ia tidak memerlukan kos yang mahal!

8. Pembinaan

Peluang besar untuk pereka dan jurutera yang melangkau bidang visualisasi untuk mewujudkan struktur dan produk dari awal penghasilan menggunakan Virtual Realiti. Menggunakan pengawal point-and-click laser pegang tangan, jurutera dan pereka boleh bekerja melalui perarakan bangunan 3D seolah-olah mereka berada dalam simulasi permainan video. Mereka boleh mengapungkan tangga, teleport ke bawah lorong, atau melihat keluar dari tingkap tingkat atas. Ia sungguh menakjubkan.

9. Robotik

Robot industri yang melakukan tugas secara automatik dalam persekitaran berstruktur.

10. Meneroka ruang angkasa

Virtual Reality menjanjikan anda pengalaman yang baru. Anda dapat meneroka planet, bulan dan bintang dalam sistem suria dan kawasan sekitarnya.

11. VR Visualisasi Maklumat

Transformasi data abstrak dalam 2D kepada bentuk geometri 3D.


KEKURANGAN VIRTUAL REALITY

Virtual Reality memilki kesan negative iaitu Cybersickness. Cybersickness adalah gangguan yang sering dialami dalam penggunaan VR. Pengguna akan merasa ketegangan mata serta pening di kepala. Kadang-kadang pengguna masih terbawa suasana VR walapun pengguna sudah kembali ke dunia nyata. Jadi, gangguan ini tidak boleh dianggap remeh.

 

Bukan itu sahaja, apabila manusia sering terbiasa dgn alam maya, kebolehan mereka untuk berinteraksi dengan manusia lain menjadi kurang. Malah untuk meluahkan perasaan mereka juga turut akan menjadi kurang. Ini akan mengakibatkan manusia malas untuk melakukan kerja secara fizikal. Kesannya, kadar pengangguran juga akan meningkat.


Akhir kata,

Virtual Reality adalah penciptaan dunia maya yang dipersembahkan kepada deria manusia sehingga kita dapat merasai seolah-olah berada di dunia yang lain. Ia digunakan untuk tujuan hiburan dan tujuan yang lebih penting. Teknologi ini semakin murah dan semakin meluas. Kita boleh melihat banyak lagi teknologi yang inovatif  pada masa akan datang. Manusia juga perlu ada peningkatan dalam etika penggunaan teknologi seiring dengan perkembangan teknologi supaya matlamat yang betul dapat dicapai.

 

 Ditulis oleh:
Aiman Yumni dan NurulHana
amnymn@gmail.com:

Comments are closed.