KENAPA? Zaman sekarang ni, semua orang gunakan Internet. Baik budak2 kecik umo 4-5 tahun pun dah pandai main online games, mak2 nak shopping barang tapi malas keluar rumah, makcik2 bawang pun ada group whatsapp utk kerja2 membawang, students senang nak copy paste assignments dari websites, surirumah buat bisnes online di rumah apatah lagi org2 yg bekerjaya – semua insan kat bumi ni terlibat dengan online sama ada menggunakan cyberspace atau mobile apps. Makanya, semua aktiviti ni memerlukan teknologi rangkaian (org London sebut Network Technology gitew..) Takkanlah guna air pulak kan,kan..hiks! Syukur ada orang yang jaga network. Kalau tidak online games, WhatsApp, Instagram korang tak berfungsi dek oi…

degree sarjana muda teknologi rangkaian komputer
Degree sarjana muda teknologi rangkaian komputer

Jadinya, siapa orang yang patut uruskan perihal network rangkaian komputer ni? Pak Mat Sate, Abam Bocey, Jihan Muse, Kenchana Dewi? Siapa-siapa pun boleh asalkan mempunyai ilmu dan kelulusan dalam bidang teknologi rangkaian. Ada yang tanya, boleh je kan belajar pasal networking ni melalui youtube.

Ehhh..ko ingat pasang cable dan setup device ni macam main masak2, tengok youtube je boleh terus menggoreng dgn jayanya? Silap ‘goreng’, boleh rentung device ko dik. Sebab tu pergilah menuntut ilmu-ilmu rangkaian komputer ni dengan berguru..

Kat mana ada tempat belajar networking ni? Cer citer..cer citer..

BEST TAK? Haa cer taip fstm.kuis.edu.my ni website Fakulti Sains & Teknologi Maklumat kat KUIS ada tawarkan program Bachelor in IT (Networking Technology). Menariknya belajar kat sini salah satunya sebab persekitarannya biah solehah. Apa tu?? Biah solehah tu persekitaran Islamik yang mana ko takkan jumpa orang tak pakai tudung dalam kolej ni kecuali lelaki la..sejuk mata memandang, senang ilmu nak masuk. Persekitaran tu kan first sight kita..kalau environment tak indah, kita takde feel nak belajar..

Lagi apa bestnya? Di FSTM, struktur program Networking ni guna subjek-subjek dari Cisco Academy. So, tak payah susah-susah nak ambil training untuk Cisco professional certificate kat luar yang regenya ribu riban.

teknologi keselamatan rangkaian komputer
teknologi keselamatan rangkaian komputer

BELAJAR APA? Cara nak chatting ke, cara cari bahan untuk assignments? Ehh..yang tu kan ko boleh belajar kat Youtube. Dalam program Networking ni, ko akan belajar lebih mendalam tentang rangkaian termasuklah jenis-jenis rangkaian yang ada. Selama ni ko tahu Internet je kan sedangkan rangkaian ada macam-macam jenis. Dalam subjek Data Communication and Networking nanti ko akan belajar camna emel yang ko hantar boleh sampai kepada kawan ko. Emel tu bukan terus melompat ke komputer kawan ko tau. Ada cable dan devices lain yang emel tu perlu lalu sebelum kawan ko boleh baca emel dengan gembiranya. Huhh..

Lagi belajar pasal apa? Banyak lagi…termasuk cara mengurus, menganalisis, modeling, network monitoring, network security, developing, solving problems yang berkaitan dengan bidang Networking ni.. Abis tu, belajar banyak-banyak ni boleh jadi apa? Boleh jadi macam Mark Zuckerberg tak? Hehe…

FYP – Paling mencabar memang pembangunan projek akhir. InsyaAllah penyelia akan bantu anda dengan nasihat dan panduan bagaimana membina sistem yang baik.

Subjek tambahan lain – Bahasa Melayu, Mandarin, Arab sikit untuk tambah kemahiran berbahasa. Fiqh Islami, Aqidah, Akhlak dan juga tilawah al-Quran supaya anda menjadi muslim yang lebih baik. Ko-korikulum, mentoring, tarbiyah, latihan bina insan, berpersatuan dan kemahiran yang lain juga boleh dipelajari. Jangan dianggap program soft-skill seperti ini membebankan, kami suka nak melatih pelajar supaya trampil dan siap bersedia menghadapi alam kerjaya yang lebih mencabar.

HACKERZ DEPA NIH – Gambar kat bawah tu antara students yang berjaya dalam pertandingan hacking, keselamatan rangkaian network dan sistem komputer. Power depa nih. Pernah johan peringkat kebangsaan kat UNIKAL, APU, UNITEN , PoliMersing dan banyak tempat lagi. InsyaAllah depa ni nanti jadi first-line of defence keselamatan rangkaian komputer negara. Ameen…

Champion CRAC2018 PoliMersing - Cyber Hacking Attack and Defence with the CEO of CyberSecurity Malaysia
Champion CRAC2018 PoliMersing – Cyber Hacking Attack and Defence with the CEO of CyberSecurity Malaysia
Champion CRAC2018 PoliMersing - cloud9 team Hazmirul Fareel Al-Imran Asyraf Azrul Khairul
Champion CRAC2018 PoliMersing – cloud9 team Hazmirul Fareel Al-Imran Asyraf Azrul Khairul
Kejayaan di APU Battle of Hackers pelajar Degree Rangkaian Komputer FSTM
Kejayaan di APU Battle of Hackers pelajar Degree Rangkaian Komputer FSTM

KERJA APA? Lepas habis belajar bidang Networking ni boleh jadi Network Administrator, Network Engineer, Security Consultant, Academician, Researcher. Sekarang ni semua organisasi guna Internet, so graduan Networking boleh masuk dalam mana-mana organisasi. Kalau ko jadi graduan bidang Networking nanti ditambah pula ko pandai berkomunikasi dengan orang lain. Fuhhh insyaAllah banyak company yang nak ambil ko kerja dik..mabelesss!

FSTM Kolej IT terbaik di KUIS - program diploma Sains Komputer, Diploma Multimedia dan Sarjana Muda / Degree Rangkaian Komputer
FSTM Kolej IT terbaik di KUIS – program diploma Sains Komputer, Diploma Multimedia dan Sarjana Muda / Degree Multimedia dan Rangkaian Komputer

Maklumat lengkap Sarjana Muda Teknologi Rangkaian rujuk di sini
http://onlineapp2.kuis.edu.my:8080/onlineapp/program/BT02.pdf

Beberapa soalan/jawapan menarik sekitar isu teknologi rangkaian;

Antaranya seperti berikut;
a. Adakah burung boleh menghantar data internet?
Jawapan
a- Telah di kaji pada tahun 1999. Di kenali sebagai IP over Ovian Carriers(IPoAC). Carian RFC ialah RFC 1149 ( https://www.youtube.com/watch?v=GTFXkXp_pig)

b. Macam mana anda check kelajuan internet anda? Guna Speedtest? Tapi tepat ke 🤔? Pernah dengar MRTG?
Jawapan – MRTG di gunakan untuk mengira penggunan sebenar antara satu network card dengan sumber internet . Seperti router , wifi router dan sebagainya. Apa bezanya dengan speedtest? Speedtest mengira kelajuan internet menggunakan terminal mereka dan bukan dari network card ke ISP yang kita langgani.

c. Kenapa smartphone anda hanya ada signal GMS , 3G,4G, 4G LTE . Mana hilang signal 2G dan 5G? Kenapa pula wifi router di rumah anda ada 2.5G dan 5G?
Jawapan – Telefon bimbit memang menggunakan signal 1G-4G buat masa sekarang. Signal 2G tidak ada kerana kerajaan tidak mensyaratkan kepada operator untuk broadcast signal tersebut. Telefon bimbit menggunakan signal2G untuk wifi router seharian. Individu yang menyebarkan signal 2G tidak termasuk dalam syarat gelombang yang di kawal kerajaan. Untuk 5G pula , wifi router sudahpun mempunyai kelebihan ini dan pada masa sekarang ada telefon bimbit yang sudah menggunakan signal5G pada wifi router.


d. Asyik cuti je, balik kampung line slow/problem 🤦‍♂. Apa puncanya? Kena tukar telco ke 😨?
e. Kelajuan internet tidak di maksimakan. Boleh tak saya beri service dekat orang luar . mmm. Macam service di hotel atau mana mana wifi hotspot. Boleh . Nak tahu macam mana ? Pernah dengar pfsense . Free jer tue . Nak belajar buat tue macam mana. Boleh saya charge jiran pakai internet mengikut akaun mereka sendiri yang saya buat. Lagi ?
 Datang lah ke KUIS , kami akan bantu membuat latihan makmal ini satu kenyataan.

Pendaftaran online di sini: http://eadmission.kuis.edu.my/