Tutorial seterusnya akan menyenarai rekod melalui format data JSON.

Penyediaan persekitaran Laravel menggunakan LARAGON mungkin anda perlu lalui dua tutorial ini sekiranya masih baru dalam Laravel –

T1: Kaedah install & guna Laragon ( http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel1 )

T2: Asas CRUD dalam Laravel ( http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel2 )


REST API

Dengan keperluan mendesak capaian pangkalan data melalui app mobile dan framework JavaScript, Sistem web pangkalan data sekarang ini perlu menyokong penghantaran data universal. RESTful API merupakan pilihan yang terbaik untuk membenarkan capaian kepada data tanpa perlu berkongsi katalaluan pangkalan data kepada semua orang.

Format penghantaran data yang biasa diguna adalah format JSON (atau XML). Dalam tutorial ini kita akan membincangkan bagaimana Laravel menjana data API dalam format JSON.

Contoh JSON format data

Di akhir tutorial ini kita akan menjana format data JSON seperti dalam gambar di atas.

HTTP Verbs
Dalam RESTful API, kita akan menggunakan HTTP verbs sebagai perlakuan operasi ke atas data.

GET: dapatkan data
POST: masukkan data baharu
PUT: kemaskini data
DELETE: padam data

 

routes/api.php

Ini merupakan fail yang penting untuk menjana API data. Tambah beberapa baris kod berikut berdasarkan HTTP verbs.

Dah selesai tambah kod berikut dalam routes/api.php, sila test melalui path yang ditambah /api/

Contoh: http://start1.test/api/trainings

 

 


Trainer:
KHIRULNIZAM ABD RAHMAN, Pensyarah Jabatan Sains Komputer, FSTM KUIS.

Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang pengaturcaraan server dan antaramuka web (web front-end & backend) semenjak tahun 2000. Disamping itu juga amat berminat dalam pembangunan applikasi mobile Android, JSON, LARAVEL dan PHP-MySQL.

Antara kursus yang beliau kendalikan;

  1. Android Studio
  2. Pembangunan Web dengan PHP&MySQL
  3. Pembangunan Sistem Web menggunakan kerangka Laravel

Blog peribadi beliau di khirulnizam.com . Beliau boleh dihubungi melalui email khirulnizam@gmail.com , atau Whatsapp: http://wasap.my/60129034614