SEMUANYA HANYA DI HUJUNG JARI SAHAJA !

Terlalu banyak teknologi serba canggih yang membantu kita melakukan sesuatu perkara dengan mudah dan pantas. Majoriti individu diseluruh dunia memiliki smartphone dimana smartphone ini mempunyai pelbagai jenis aplikasi yang membantu memudahkan segala urusan daripada pelbagai sudut termasuklah dari segi perlancongan.

Dahulu, jika kita ingin melancong ke luar negara kita perlu mencari ejen yang boleh menguruskan segala keperluan ke sana. Tetapi, dengan adanya kewujudan smartphone sekarang kita boleh melakukannya sendiri seperti menempah tiket kapal terbang, mencari tempat tinggal dan sebagainya dengan memuat turun aplikasi-aplikasi ini atau melalui laman web sahaja. Berikut merupakan 7 aplikasi yang perlu anda memuat turun ketika melancong :

  1. TRIPADVISOR

Tripadvisor adalah aplikasi yang dapat memberi maklumat tentang tempat-tempat yang ingin dilawati berdasarkan review serta rating daripada setiap pengunjung yang telah berkunjung ke sesuatu destinasi itu. Aplikasi ini  turut memberi review daripada para pengunjung seperti  tempat-tempat makan yang best, tempat penginapan yang selesa dan banyak lagi yang anda boleh cari. Disamping itu, anda juga boleh menyemak harga penerbangan melalui aplikasi ini juga.

 

  1. SKYSCANNER

 

Aplikasi ini digunakan untuk membuat perbandingan harga penerbangan kemana-mana destinasi di dunia dengan harga yang berpatutan. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan harga tiket dengan hanya perlu menentukan tarikh dalam tempoh setahun dari tarikh semakan yang telah anda tetapkan termasuklah harga tiket, tempat dimana anda perlu transit, waktu penerbangan dan perjalanan semasa penerbangan. Skyscanner bukan sahaja untuk tambang penerbangan malah aplikasi ini juga mempunyai perkhidmatan pencarian hotel dan juga kereta sewa yang memudahkan para pengunjung.

 

  1. AGODA & BOOKING.COM

         

Aplikasi agoda ini sangat memudahkan para pelancong kerana aplikasi ini menyediakan tawaran yang hebat serta harga promosi yang menarik oleh pihak agoda sendiri. Justeru, aplikasi ini turut menyediakan urusan booking hotel yang mudah dan pantas bagi para pelancong yang ingin menempah bilik secara online booking. Agoda juga membuat perbandingan harga berserta gambar keadaan tempahan bilik tersebut. Pelanggan boleh melihat review dan rate setiap hotel yang diberi daripada pelanggan-pelanggan yang pernah menginap disitu.

 

  1. COUCHSURFING

 

Aplikasi ini sesuai untuk bagpacker ataupun yang travel solo kerana aplikasi ini membantu anda mencari tempat penginapan melalui individu yang sukarela menyediakan penginapan kepada pelancong di tempatnya secara percuma..

 

  1. GOOGLE MAPS & WAZE

         

Kedua-dua aplikasi ini mempunyai fungsi yang sama iaitu boleh digunakan untuk membantu mencari tempat yang ingin dilawati, menetapkan masa untuk sampai ketempat yg ingin ditujui. Kedua-dua aplikasi ini sangat popular dan hampir setiap pengguna smartphone akan memuat turun aplikasi ini sama ade Android atau iOS. Aplikasi ini juga bertujuan untuk para pelancong merancang pengangkutan dan perjalanan dengan lebih mudah di sesuatu tempat yang dilawati.

 

  1. GOOGLE TRANSLATE

 

Ini juga merupakan aplikasi yang sangat popular kerana aplikasi ini memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan menterjemahkan bahasa dalam pelbagai bahasa lain dimana-mana sahaja. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi ini daripada google play store secara percuma dan sesuai kepada semua jenis gajet seperti smartphone atau tablet yang menggunakan platform samada Android atau iOS.

 

  1. GRAB

 

Bagi memudahkan pergerakan untuk ke destinasi yang ingin ditujui, aplikasi grab telah ditubuhkan supaya para pengguna boleh menggunakannya dengan hanya booking online jika tidak mahu mengunakan pengangkutan awam. Grab juga merupakan satu alternatif yang memudahkan para penumpang untuk cepat sampai ke destinasi.

Semoga aplikasi-aplikasi ini dapat membantu anda semasa melancong nanti 🙂