Eh eh eh? Sat sat.. hangpa dok cari tempat ngaji ka? Meh baca ni sat.

Hangpa pernah dengar KUIS kan? KUIS memang sinonim dengan program Pengajian Islam, Program IT pun ada jugak. Di sini kami nak cerita pasai Diploma Sains Komputer yang kami ada.

Kenapa nak belajar Sains Komputer? Ramai kata Sains Komputer susah, tak susah mana kalau hampa strong Matematik. Sebab tu Matematik SPM kena kredit.

Banyak subjek programming, contohnya Java, Visual Basic, SQL, PHP dll. Macam mana nak kuasai subjek programming ni?

Macam subjek Matematik kena banyak buat latihan, guna logik untuk selesaikan masalah. Pastinya ramai yang tension dengan ralat dalam aturcara. Tapi sekarang banyak editor/IDE yang bantu kesan error masa tulis kod. Memang memudahkan.

Apa pentingnya belajar Sains Komputer? Apps dan sistem seperti Instagram, WhatsApp, Zepto, RunCloud, Windows, Android, dll siapa yang bangunkan ? Semestinya pengaturcara (programmer) komputer terlibat secara signifikan untuk menukarkan idea kepada apps. Game Mobile Legend & PUBG contohnya juga memerlukan programmer untuk menyusun logik dan AI dalam enjin game tersebut.

JAVA – ini adalah subjek programming yang paling awal dikenalkan kepada pelajar. Sebelum tu kena belajar dulu logik penyelesaian masalah, ada alat nak visulized aliran logik seperti carta alir, pseudo-code, scracth contohnya.

Sains komputer - carta alir guna scratch
Carta alir guna Scratch

JAVA II – subjek kedua programming pula adalah Java pertengahan yang menumpukan kepada konsep pengaturcaraan yang lebih kompleks. Sebab itu kami pisahkan kepada dua subjek berbeza, nak bagi yang asas dulu kuat.

OOP – subjek pengaturcaraan yang ketiga baru kami fokus kepada pengaturcaraan kepada objek, guna Java jugak. IDE yang kami guna untuk subjek Java adalah Ecplise. IDE ini memang user-friendly boleh auto-complete, auto-suggestion, online checker, dll.

sains komputer - Android apps
Android apps

Mobile programming – pun kami dedahkan jugak. Asas pengaturcaraan Java kena tahu sebab kami guna Android Studio untuk bangunkan Android mobile apps. Android Studio juga boleh hasilkan app iPhone dengan kita tambah Flutter SDK. Subjek ni terus pelajar boleh upload apps ke Google Playstore.

PHP – bahasa yang digunakan dalam pembangunan sistem web. Antaramuka guna HTML5 dan BootStrap, database MySQL. Sebelum tu memang dah belajar database dengan SQL. Subjek ini banyak gunanya untuk bangunkan sistem web yang boleh buat carian, masuk rekod, ubahsuai data, login & logout.

Laravel – kalau yang berminat nak fokus kepada pembangunan sistem web, bolej belajar kursus ni terutamanya untuk buat projek akhir. Rasanya guna Laravel ni lagi mudah. Tapi kalau nak kekal dengan PHP boleh jugak.

Microsoft Visual Studio – ilmu peralatan ini juga dibekalkan kepada pelajar. IDE ini merupakan antara yang memudahkan pembangun perisian untuk membuat software yang user-friendly. Memang power IDE nih.

FYP – Paling mencabar memang pembangunan projek akhir. InsyaAllah penyelia akan bantu anda dengan nasihat dan panduan bagaimana membina sistem yang baik.

Subjek tambahan lain – Bahasa Melayu, Mandarin, Arab sikit untuk tambah kemahiran berbahasa. Fiqh Islami, Aqidah, Akhlak dan juga tilawah al-Quran supaya anda menjadi muslim yang lebih baik. Ko-korikulum, mentoring, tarbiyah, latihan bina insan, berpersatuan dan kemahiran yang lain juga boleh dipelajari. Jangan dianggap program soft-skill seperti ini membebankan, kami suka nak melatih pelajar supaya trampil dan siap bersedia menghadapi alam kerjaya yang lebih mencabar.

Kerjaya – Seiring dengan hasrat kerajaan untuk membawa Malaysia ke era industri teknologi, permintaan terhadap saintis komputer di dalam sektor awam dan swasta semakin meningkat. Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah seperti berikut:

  1. Jurutera Perisian
  2. Pembangunan Sistem Perisian
  3. Pentadbir Pangkalan Data
  4. Jurutera Cloud
  5. Pentadbir Sistem (System Admin)
  6. Juru Perunding Sistem/IT
  7. Penguji Perisian
  8. Jurureka Web
  9. Penyelidik AI
  10. Pengaturcara
  11. Pegawai Teknologi Maklumat
  12. Pensyarah Sains Komputer/IT
  13. Cikgu Sains Komputer/IT
  14. Web Master
  15. Pentadbir Rangkaian
  16. Jurutera Rangkaian
  17. Juruteknik Sokongan
  18. Usahawan Internet
  19. Penggodam beretika (whitehat hacker)

Inilah sebahagian peluang kerjaya yang anda boleh diceburi dalam bidang sains komputer ini. Ada banyak lagi peluang kerjaya yang dapat diceburi dalam bidang ini sebenarnya. Ianya bergantung kepada peluang kerjaya yang masih terbuka kepada anda yang berminat dalam bidang sains komputer ini. Semoga anda akan cemerlang dengan apa saja kerjaya yang ada pilih dalam hidup anda.

Kerja sendiri – beberapa kawan-kawan saya semasa belajar dahulu juga menjalankan perniagaan sendiri. Ada yang hanya menerima projek secara freelance sebab tidak mahu makan gaji. Kerja sendiri ini juga memberikan platform masa yang fleksibel di mana mereka juga menerima jemputan untuk berceramah atau memberi kursus kepada institusi yang memerlukan khidmat nasihat pembangunan sistem.

Maklumat lengkap program Diploma Sains Komputer KUIS mohon rujuk di sini;
http://bit.ly/fstmdcs