Assalamualaikum, hello everyone. Ni hao. Vanakem. Have a good day. Washuu Washuu (ni pengaruh cerita nur2 lah ni).
Today i would like to share what is the “SPECIAL” for me about pursuing my study in Diploma Degree in Multimedia field. Which i have been through these past 6 years. To be honest, i never expect that i will be in this field (in love with this field). My passion is more to Art and Design (Fine Art). But yah, tak kenal maka tak cinta right. Jodoh tu lebih berpihak kepada dunia Multimedia. So i decided to redah je. I believe to “rezeki Allah”.
“Multimedia susah tak?” “IT susah tak?” “Belajar bidang kau ni susah tah?” Jadi, bila dah terkeluar soalan soalan ni, i will be so excited to share. Multimedia tu luas. Kalau ada minat, insyaAllah boleh pergi jauh. Kalau tak berapa nampak minat tu, tapi ada initiative nak ceburi, why not. Sangat-sangat dialukan. Multimedia ni bukan setakat kita belajar Multimedia saja. During your period of study, you will learn alot of things. Programming, 3D animation, 2D animation, Database, Management Information System. Banyak, banyak sangat benda korang akan belajar, maybe benda yang tak expect korang akan belajar, who knows right.
Ha ni aku belajar dekat KUIS. I tell you here yaaa, kelebihan belajar dekat Kolej Islam ni, you not only dapat belajar duniawi sahaja, ukhrawi juga uols. Ia adalah satu kelebihan that you guys should grab. Bila makpak hang suruh masuk Universiti/Kolej Islam tu, p ja toksah tanya banyak. Maknanya dia nak korang bentuk diri korang jadi manusia sikit lah tu. Tak salah pun. Jangan limitkan di mindset tu “oh masuk U/kolej Islam ni nanti kena jadi ustaz/ustazah, tak boleh nak dating2, itu ini itu ini”. Eh HELLO, nak belajar ke nak berfoya main main. Come on. Betulkan balik mindset tu. Ada lah tu sebab kenapa makpak kita masukkan kita dekat tempat2 macam ni. My mom have chose me the best place to further study. It is Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). I have been here since Diploma in IT (Multimedia) (2012), Bachelor in Multimedia Creative (2015) and currently pursuing my Master in Information Technology (2018). Why here? Because, 1st, KUIS sangat mengutamakan pelajar ALUMNI. 2nd, lecturers will noted you. So everything insyaAllah will go smoothly.
During my Diploma and Degree in Multimedia studies, i have done a lot of Multimedia projects. Ha ni jangan nak fikir SUSAH SUSAH SUSAH. Explore lah, believe me, you will enjoy it. Depa bukan suruh hampa buat sampai nak comercial satu mesia. Taklah, tapi kalau projek BOEK, why not. Peluang datang sekali beb. During Master ni, aku tak bepeluang dah nak explore sama sama dengan kawan masa buat projek dulu. Tak daaaahhhhh. Macam sekolah juga, during the end of your SPM, mesti rindu tu rindu ni kan. Yahh, sama je. AKU RINDU. I learned how to make graphics, 2D and 3D animations, design a courseware using Adobe Flash, how to build a database, programming, website. Banyak gais, aku taknak cakap banyak, hampa boleh pergi link ni to check the course outline ->
http://www.kuis.edu.my/fstm/
Testimonial dari pelajar Ijazah Sarjana Muda Multimedia
Cik Aisyah Manaf yang sekarang ini hampir menyelesaikan tahaf Sarjana (Master) Teknologi Maklumat juga di FSTM KUIS.
IJAZAH SARJANA MUDA MULTIMEDIA KREATIF (MEDIA INTERAKTIF)
Sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat dan ICT pada masa sekarang, tidak ketinggalan salah satu bidang yang seringkali diperkatakan dan diperlukan dalam mana-mana syarikat atau agensi dan media massa, iaitu MULTIMEDIA. Begitu banyak institusi-institusi di Malaysia mahupun luar Negara yang menawarkan pembelajaran bagi program Multimedia. Salah satu program Multimedia yang sangat menarik ada di KUIS. Kenapa menarik? Ok, jom kita lihat apa yang menarik..
Sebelum tu, kita perkenalkan nama dahulu.. Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif (Media Interaktif). Wahh, nama pn dah menarik.. Multimedia Kreatif.. Perlu orang yang kreatif ke untuk masuk? Atau yang pandai melukis sahaja? Tak perlu, semua boleh mohon dan belajar. Daripada sinilah kita akan asah untuk menjadi kreatif.. Ehh, kt belakang nama tu ada Media Interaktif, apa tu? Haa ini yang lagi menarik dan unik. Pelajar-pelajar akan didedahkan dalam pembangunan sesuatu produk yang boleh menghubungkan diantara manusia dan sistem komputer ataupun dengan kata lain pengguna boleh bertindakbalas dan berkomunikasi dalam menyampaikan elemen-elemen multimedia seperti teks, audio, video, animasi dan grafik. Sebagai contoh, aplikasi mobil, permainan video, video interaktif, animasi dan banyak lagi. Best kan? Ok, jom lihat syarat kelayakan untuk masuk program Multimedia Kreatif ni..
Apa yang akan diterokai?
Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan subjek-subjek yang berkaitan multimedia kreatif iaitu:
- Introduction To Multimedia
Pelajar akan didedahkan dengan penggunaan perisian Adobe Animate CC. Bagi pembangunan projek seperti animasi, mobile apps yang mana penggunaan actionscript 3.0. - Multimedia Drawing And Design
Asas drawing dan design di perkenalkan. Yang x pandai melukis insyaaAllah boleh diasah, asalkan ada kesungguhan dan minat. - Graphic Design
Pelajar akan di perkenalkan dengan elemen-elemen graphic design untuk menghasilkan design sendiri. Antara lain dapat menguasai perisian Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. - 3d Animation I & II
Pelajar akan menghasilkan model 3D dengan menggunakan Maya ataupun 3D Max. - Audio And Video Technology
Pelajar dapat menghasilkan video sendiri dengan menggunakan Adobe Premiere dan Sound Forge. - Virtual Reality
Disamping virtual reality, pelajar akan diperkenalkan dengan Augmented reality iaitu menggunakan unity dan vuforia. Contohnya macam flash card education daripada lukisan biasa, ia mengeluarkan gambar animation apabila kita scan dengan menggunakan phone atau tablet.
Hasil pembelajaran daripada program Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif (Media Interaktif) ini, pelajar akan dapat:
- Menguasai pengetahuan dalam bidang Multimedia khususnya Media Interaktif
- Mengaplikasikan kemahiran teknikal dalam bidang Multimedia (Media Interaktif) dengan berkesan melalui perisian multimedia seperti perisian grafik, digital audio video, animasi 2D & 3D
- Mempunyai kemahiran menjalankan tanggungjawab sosial selari dengan kehendak syariat Islam.
- Mempunyai nilai murni, sikap dan profesionalisme yang selari dengan etika dan undang2 semasa, Al-Quran dan Sunnah.
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi, kepimpinan yang baik dan mampu menyumbang fikiran dan tenaga dalam kerja-kerja berpasukan.
- Berkebolehan mengenalpasti masalah dan menggunakan kemahiran saintifik untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
- Berkebolehan mencari dan mengurus maklumat dengan baik dan menggunakan maklumat untuk mendapatkan ilmu baru (pembelajaran sepanjang hayat).
- Berkebolehan mengurus sumber manusia, masa dan teknologi dengan berkesan dan boleh mengenalpasti peluang-peluang keusahawanan.
Berikut adalah senarai kerjaya yang pelajar boleh pilih selepas grad nanti.
Prospek Kerjaya
Pakar Audio, Pakar Video, Pereka Web, Pelukis Komik Digital, Pakar Animasi, Pengarah Seni, Pereka Grafik, Pereka Antara Muka, Penyunting Audio/Video, Pakar Kandungan Kreatif, Pereka Instruksi (Instructional), Penyunting Imej (Editor), Pengurus Projek, Penerbit, Tutor.
Haa..macam-macam kan kerja yang boleh di mohon daripada bidang Multimedia ini. Selain itu, pelajar boleh buat kerja sendiri dari rumah, (freelance, buka syarikat sendiri, dan macam-macam lagi) sebab tu kita kena kreatif.
Akhir sekali, disamping pengajaran dan pembelajaran, apa yang lebih menarik adalah suasana KUIS dan fasiliti yang kondusif. Pensyarah-pensyarah juga sangat berkaliber dan mengambil berat tentang pelajar. InsyaaAllah tak rugi sambung di KUIS amnya dan FSTM khususnya. Jadi, apa tunggu lagi.. JOM Masuk FSTM KUIS!
Syarat kemasukan
Rujuk maklumat lengkap dan syarat kemasukan di sini
bit.ly/fstmbcm