Bukan sekali, tapi berkali-kali.

Student mana yang tidak rasa terharu bila mana Pihak Pengurusan, Dekan, Lecturer, Staf yang genuinely prihatin ajak jumpa. Whatsapp, mesej, call secara peribadi untuk tanya khabar dan nasihat, minta feeback, pendapat dan lain-lain?

Make me wish, that in the future, to have such traits and character. Memaknakan hidup dalam komuniti dan have respect for each other, regardless of what position you’re in and who you are. Check and balance.

That’s one of the many things that I love about this college,KUIS. ^_^
I have a HUGE hope for this place. It has so much unseen and unrealised potentials and opportunities. Student yang sudah ke beberapa IPT macam saya ni can say that. Kena bersyukur. That’s why, I’m planning to stay here for a long time (bukan sebab repeat lah😅). Allahu Musta’an. 🙂

We should all be fair and moderate in viewing the world.

Kredit fbprofile Hakeem Zainal Abidin
(pelajar Diploma Multimedia FSTM KUIS)


Dunia multimedia adalah dunia yang sangat menarik. Kalau melihat kepada aplikasi yang terhasil dari bidang multimedia ini betul-betul mengubah segenap aspek kehidupan seharian kita. Lihat sahaja bidang pengiklanan sekarang, dari mengiklan menggunakan poster, kini lebih ramai usahawan bertungkus lumus menghasilkan video viral dan menyiapkan channel youtube masing-masing agar nampak berbeza dan unik dimata bakal pelanggan mereka.

Jika dulu dada akhbar penuh dengan iklan, kini platform yang lebih berkuasa seperti facebook, instagram dan banyak lagi media sosial digunakan. Syarikat penyiaran seperti Media Prima dan Astro mengalami perubahan trend pengiklanan yang sangat kritikal kerana kebanyakan pelanggan mereka sebelum ini telah memilih medium pengiklanan yang lebih murah tetapi lebih berkuasa dan menjanjikan pulangan sales yang lebih berbaloi.

Dunia perfileman pula menyaksikan pelanggan lebih suka melanggan perkhidmatan Netflix atau Spotify kerana lebih selesa dan asyik dengan trend “video in demand’ atau vod yang memaparkan filem dan muzik kegemaran kita tanpa iklan. Dengan platform television pintar yang semakin murah, perkhidmatan vod ini semakin berkembang pesat dan mendapat tempat dihati pelanggan. Sokongan jalur lebar dalam negara yang semakin laju juga menjadi pemangkin kepada penerimaan dunia multimedia yang semakin menarik. Tiada lagi isu tersangkut-sangkut semasa stream muzik dan video dan tiada gangguan semasa hujan lebat menjadikan ia antara faktor utama pengguna mula memilih vod.

Dunia multimedia terbaik di KUIS Malaysia
Dunia multimedia terbaik di KUIS Malaysia

Di dalam dunia pendidikan, mobile apps yang disokong dengan elemen augmented reality dan virtual reality diselitkan pula dengan elemen permainan semakin banyak dihasilkan sekaligus menjadikan sesi pembelajaran semakin menarik. Pelajar boleh belajar dimana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja samada berseorangan atau berkumpulan. Ini memaksa para guru dan pensyarah menjadi lebih kreatif dalam mencipta aplikasi pembelajaran dalam usaha menarik minat pelajar.

Jadi kenapa memilih bidang pengajian yang lain jika bidang multimedia lebih menarik? Jom daftar Diploma Multimedia dan Sarjana Muda Multimedia Kreatif sekarang di Fakulti Sains & Teknologi Maklumat, KUIS!

FSTM menawarkan empat program prasiswazah iaitu;

FSTM Kolej IT terbaik di KUIS - program diploma Sains Komputer, Diploma Multimedia dan Sarjana Muda / Degree
FSTM Kolej IT terbaik di KUIS – program diploma Sains Komputer, Diploma Multimedia dan Sarjana Muda / Degree