Gambar di atas menujukkan hasil tutorial yang kita akan buat menggunakan Laravel. Tutorial ini bersambung daripada modul Training dan TrainingController yang telah dibincangkan dalam http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel2/ .

Kita akan sambung mengedit kod antaramuka dalam resources/views/trainings/index.blade.php untuk menambahkan kotak dan butang carian. Perhatikan pada kod FORM action , url('training') menunjuk kepada fungsi dalam TrainingController yang akan menerima arahan dan  data carian tersebut.

 

app/Http/Controllers/TrainingsController.php

Kemudian edit kod logik proses dalam app/Http/Controllers/TrainingsController.php, tambahkan kod pengesahan pengguna di bahagian atas class TrainingController. Ini sepatutnya dilakukan pada peringkat awal lagi. Kod di bawah merupakan pengesahan pengguna, sekiranya pengguna belum login maka antaramuka ini akan terhalang. Sekiranya anda telah menulis kod berikut, maka boleh abaikan langkah ini.

 

Seterusnya pergi ke function index() , dan tambahkan kod berikut untuk membuat carian.

txtsearch merupakan nama/id kotak teks yang kita telah buat di atas (dalam bahagian form).

Segmen kod berikut akan melakukan penyenaraian biasa sahaja.

Manakala segment kod berikut akan menerima perkataan carian, dan memaparkan hasil carian yang berpadanan.

 

Butang edit/padam

Untuk menghasilkan butang edit dan pada, kita perlu mengubahsuai kod memaparkan rekod, mohon rujuk tutorial seterusnya dalam masa terdekat. Tutorial Laravel 5: Kemaskini rekod dalam modul Laravel

 


Siri tutorial Laravel Bahasa Melayu

T0: Pengenalan Laravel ( http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel )

T1: Kaedah install & guna Laragon ( http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel1 )

T2: Asas CRUD dalam Laravel ( http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel2 )

T3: Penukaran tema/template antaramuka sistem Laravel  http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel3 )

T4: Carian rekod dalam Laravel http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel4 )

T5: Edit dan padam rekod dalam Laravel http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel5 )

HPStorm IDE yang lebih baik untuk Laravel ( http://fstm.kuis.edu.my/blog/phpstorm/ )

Kod Sumber dalam GITHUB – https://github.com/khirulnizam/start1



Penulis tutorial:
KHIRULNIZAM ABD RAHMAN, Pensyarah Jabatan Sains Komputer, FSTM KUIS.

Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang pengaturcaraan server dan antaramuka web (web front-end & backend) semenjak tahun 2000. Disamping itu juga amat berminat dalam pembangunan applikasi mobile Android, JSON, LARAVEL dan PHP-MySQL.

Blog peribadi beliau di khirulnizam.com . Beliau boleh dihubungi melalui email khirulnizam@gmail.com , atau Whatsapp: http://wasap.my/60129034614