IDE (Integrated Development Environment) yang dimaksudkan bukan sahaja berupaya menulis kod HTML, CSS, JavaScript, PHP & Laravel, ia juga mampu membantu mengesan larat sintax, cadangan autocomplete. IDE seperti Eclipse for PHP, Visual Studio dan PHPStorm antara yang berkebolehan sebagai IDE yang terbaik, manakala Atom, VSCode & Sublime bertindak hanya sebagai editor kod sahaja. Penulis memilih PHPStorm sebagai IDE kegemaran (artikel ini cuma pendapat peribadi penulis berdasarkan pengalaman).

Pemasangan Perisian PHPStorm

PHPStorm boleh dimuat-turun dari laman syarikat pembangunnya iaitu JetBrain (yang terkenal dengan IDE Java IntelliJ – IDE terbaik Java). Namun ianya bukan perisian percuma (sekiranya memerlukan sumber terbuka/pilihan percuma rujuk Eclipse for PHP). Masa percubaan hanya 30hari, selepas itu sekiranya syarikat anda ada bajet boleh beli lesen.

Lesen percuma pendidikan

Pastikan anda berdaftar dulu dalam website JetBrains – https://account.jetbrains.com .

Sekiranya anda pelajar atau pensyarah IPTA/IPTS boleh dapatkan lesen penggunaan percuma dengan daftar menggunakan email edu yang disediakan institusi. Penulis akan menunjukkan cara permohonanan lesen percuma menggunakan email ***@kuis.edu.my .

Boleh mohon lesen untuk pendidikan/kelas/makmal komputer di sini , atau lesen individu di sini. Untuk permohonan lesen individu pelajar/pensyarah, sila sediakan email yang ada edu pada alamat email anda atau boleh sertakan kad matrix/pelajar bersama permohonan.

Selepas anda berjaya mendapatkan lesen pendidikan, login akaun anda melalui perisian PHPStorm yang telah anda download dan install. Perisian PHPstorm desktop boleh diperolehi di sini;

Download PHPStorm https://www.jetbrains.com/phpstorm/

https://www.jetbrains.com/phpstorm/

 

Projek Laravel

Pengujian ini dibuat melalui PC dengan Windows10 dan RAM 8GB (4GB kurang disyorkan memandangakan perisian agak berat). Projek yang akan dibangunkan menggunakan framework Laravel. Memandangkan BLADE juga disokong dalam PHPStorm.

Bina projek daripada folder yang dah diwujudkan dan point kepada folder projek PHP/Laravel. (sekiranya anda ingin tahu cara membuat projek baharu Laravel sila ke link ini http://fstm.kuis.edu.my/blog/laravel1 )

Set lokasi fail dan server (persekitaran localhost ).

Tentukan lokasi fail projek Laravel anda.

Tentukan maklumat web server (seperti yang disediakan oleh Laragon). Klik NEXT dan kemudian FINISH.

Pengurusan kod Laravel dalam PHPStorm

Untuk install plug-ins Laravel, pergi ke menu File->Settings->Plugins (rujuk gambar di bawah).

Seterusnya carian Laravel, dan klik butang install seperti di bawah.

Pastikan restart PHPStorm untuk mengaktifkan plug-ins Laravel yang baru kita install.

Kemudian aktifkan plug-ins Laravel dalam setiap projek yang guna Laravel di File->Settings->Languages&Frameworks->Laravel

(Install plug-ins untuk Laravel boleh juga muat-turun dari sini untuk install secara manual https://plugins.jetbrains.com/plugin/7532-laravel-plugin )

Penulisan kod HTML/PHP/Laravel/Blade

Contoh suggestion dalam kod HTML/Bootstrap/PHP

Contoh suggestion dalam kod Blade

Contoh suggestion dalam kod Laravel

 

 

[Artikel masih dalam pembangunan]


 


Penulis tutorial:
KHIRULNIZAM ABD RAHMAN, Pensyarah Jabatan Sains Komputer, FSTM KUIS.

Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang pengaturcaraan server dan antaramuka web (web front-end & backend) semenjak tahun 2000. Disamping itu juga amat berminat dalam pembangunan applikasi mobile Android, JSON, LARAVEL dan PHP-MySQL.

Antara kursus yang beliau kendalikan;

  1. Android Studio
  2. Pembangunan Web dengan PHP&MySQL
  3. Pembangunan Sistem Web menggunakan kerangka Laravel

Blog peribadi beliau di khirulnizam.com . Beliau boleh dihubungi melalui email khirulnizam@gmail.com , atau Whatsapp: http://wasap.my/60129034614