Apa itu SEO?

Search engine optimization atau kaedah pengoptimasian website untuk enjin carian seperti Google. Dalam tutorial ini kami cuba posting dalam WordPress dengan  target keyword kursus komputer .

Implementasi SEO bertujuan untuk membantu menaikkan ranking website pad  enjin carian, seperti Google. Matlamat disebalik mempunyai SEO yang baik adalah untuk meningkatkan kedudukan laman web SERP (Search Engine Results Page) anda.

Pastinya anda mahu pautan anda berada pada halaman pertama keputusan. Cara terbaik untuk mencapai matlamat ini ialah:

  • secara konsisten menyiarkan siaran asal yang berguna; dan
  • mempromosikan blog anda dengan cara pintar untuk orang yang mencari maklumat mengenai topik anda.

 

Berkenaan tutorial ini: kami kongsikan implementasi SEO mudah berdasarkan platform WordPress.

 

Mengenalpasti key-word

Gunakan tool untuk kenal pasti key-word SEO seperti Google Ads Keyword Plan – https://ads.google.com/aw/keywordplanner . Tool ini mampu memberi idea key-word apa yang berbaloi untuk kita target.

Berdasarkan nombor pada “Avg monthly search” keyword kursus komputer lebih berbaloi untuk ditarget berbanding kursus ICT percuma. Tak perlu risau kita boleh update page/post kita dengan menambahkan kursus komputer pada beberapa tempat. Jadi sekarang kami akan target keyword yang baru “Kursus Komputer”.

Antara tempat-tempat yang perlu kita tambahkan keyword adalah pada;

  1. tajuk posting,
  2. imej ALT, dan
  3. isi kandungan (included naturally inside content, not massive keyword listing).
Keyword Plan untuk keyword kursus ICT, kursus IT, kursus komputer, kursus ICT percuma

Keyword Plan untuk keyword kursus ICT, kursus IT, kursus komputer, kursus ICT percuma

 

 

Proses penghasilan isi-kandungan

Tajuk posting anda sepatutnya memasukkan targetted keyword.

Contoh tajuk:

“Kursus Komputer /ICT PERCUMA Khidmat Masyarakat 2018”.

Contoh tajuk posting yang mengandungi target keyword kursus komputer

Contoh tajuk posting yang mengandungi target keyword kursus komputer

Untuk membolehkan keyword dimasukkan dalam link, sila tukar tetapan dalam permalink posting WordPress anda.

Setting -> permalink

Tetapan permalink membolehkan kita menambah keyword pada link post WordPress

Tetapan permalink membolehkan kita menambah keyword pada link post WordPress

 

Masukkan juga secara semula jadi (naturally) dalam isi-kandungan posting anda targeted keywords tersebut.

Contoh isi kandungan:

“Kami adalah kumpulan trainer ICT dari FSTM KUIS dengan rendah hati ingin menawarkan kursus komputer dan ICT secara PERCUMA kepada sekolah-sekolah menengah sekitar negeri Selangor.”

“Kursus komputer dan ICT yang kami anjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat terutamanya peringkat sekolah menengah tentang teknologi semasa ICT”

“Antara kursus komputer atau ICT yang kami tawarkan adalah Phothoshop, Web Development, Android, Multimedia, MSOffice dan sebagainya”

 

Dalam kategori dan tagging post – tambah juga targeted keywords anda.

 

 

Imej ALT dan caption

Dalam maklumat image ‘ALT text’ sila masukkan juga targeted keyword anda – nama fail imej pun kalau boleh letak jugak keyword.

kursus komputer ICT percuma SEO ALT image

Contoh maklumat ALT dalam imej

 

Template dan tema design website yang responsif (mesra mobile)

Google juga menambah markah ranking kepada website yang mesra mobile. Pastikan template/theme website anda menyokong paparan mobile. Dan memang template WordPress yang moden menyokong perkara ini. Untuk pastikan, sila view page anda dalam smartphone.

Paparan website mesra-mobile untuk kursus komputer

Paparan website mesra-mobile

 

HTTPS 

Google akan menambah ranking sekiranya website gunakan secure HTTP. Penyedia Hosting mempunyai package penyediaan HTTPS, cuma perlu tambah bayaran pada pakej web hosting kita biasasnya dalam RM100. Paling murah web server sekurang-kurangnya boleh implement HTTPS menggunakan LetsEncrypt (sekiranya web server tersebut bawah kawalan anda).

kursus komputer ICT percuma HTTPS

 

Beberapa mitos dan fakta tentang SEO


Beberapa cadangan SEO bertujuan untuk membantu peringkat tapak anda lebih tinggi dan lebih tepat di enjin carian, seperti Google. Matlamat di sebalik implementasi SEO yang baik adalah untuk meningkatkan kedudukan SERP (Search Engine Results Page)  laman web anda.

Semestinya anda mahu pautan anda berada pada halaman pertama keputusan. Cara terbaik untuk mencapai matlamat ini ialah:

secara konsisten menyiarkan siaran asal yang berguna; dan
mempromosikan blog anda dengan cara pintar untuk orang yang mencari maklumat mengenai topik anda.


Mitos: Semakin banyak tag dan kategori yang saya gunakan, semakin baik untuk Google.

Fakta: Menggunakan sekumpulan tag dan kategori yang tidak ada hubungannya dengan siaran anda tidak akan meningkatkan keterlihatan laman anda. Sebenarnya, Google tidak bergantung kepada tag atau kategori – ia dapat memberitahu apa jawatan anda tentang kandungannya (atau ia seharusnya dapat)

 

Mitos: Satu cara yang berkesan untuk meningkatkan kedudukan SERP website adalah untuk membeli atau bertukar link (kadang-kadang dikenali sebagai “backlink”) dengan banyak blogger yang mungkin, sehingga terdapat banyak lalu lintas yang akan ke website kami.

Fakta: Jika anda membuat blog tentang perahu layar, lebih banyak laman web dan artikel bertumpu perahu layar yang menghubungkan secara organik ke blog anda sebagai sumber perahu layar yang hebat, lebih baik.

 

Mitos: SEO memerlukan strategi dan kebolehan pakar.

Fakta: SEO kebanyakannya common-sense. Walaupun organisasi besar mungkin perlu mengupah pakar untuk membantu mereka mencapai matlamat SEO yang sangat spesifik, blogger dan pemilik perniagaan kecil boleh melakukan semua yang diperlukan untuk SEO yang baik. Google sangat telus mengenai prosesnya. Walaupun selalu berlaku pertukaran algoritma, content is always the KING.

 

Penafian: Kaedah yang dicadangkan dalam tutorial ini berdasarkan eksperimen yang dilakukan oleh penulis. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya eksperimen anda berdasarkan tutorial ini tidak berjaya.

 


Penulis:
KHIRULNIZAM ABD RAHMAN, Pensyarah Jabatan Sains Komputer, FSTM KUIS.

Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang pengaturcaraan server dan antaramuka web (web front-end & backend) semenjak tahun 2000. Disamping itu juga amat berminat dalam pembangunan applikasi mobile Android, JSON, LARAVEL dan PHP-MySQL.

Antara kursus yang beliau kendalikan;

  1. Android Studio
  2. Pembangunan Web dengan PHP&MySQL
  3. Pembangunan Sistem Web menggunakan kerangka Laravel

Blog peribadi beliau di khirulnizam.com . Beliau boleh dihubungi melalui email khirulnizam@gmail.com , atau Whatsapp: http://wasap.my/60129034614