Rangka isi-kandungan

  1. Capaian sistem
  2. Sistem Pembangunan Apps tanpa Programming menggunakan APPYPIE
  3. Pengujian dalam telefon pintar Android
  4. Versi percubaan APPYPIE
  5. Artikel oleh KHIRULNIZAM ABD RAHMAN, Jabatan Sains Komputer, FSTMKUIS.
  6. Slide Powerpoint boleh diperolehi dari bit.ly/appfstm

 

Capaian sistem

APPYPIE.com sistem boleh dicapai di sini. Oleh kerana ini adalah sistem berasaskan web, jadi anda mesti sentiasa ada talian Internet.

Template dan susun atur telah ditetapkan berdasarkan kategori yang dipilih.

Seperti biasa mesti daftar dahulu untuk menyimpan projek apps mobile anda.

Kemudian anda akan dibekalkan dengan papan pemuka (dashboard) untuk mencipta projek baharu.

Buat projek baharu

Taip nama projek baharu

Sekiranya ada blog/website untuk dimasukkan ke dalam apps, sila bekalkan. Website ini juga akan bantu APPYPIE jana isi-kandungan apps secara automatik.

Pilih navigasi yang sesuai untuk apps anda. Secara default halaman yang disediakan adalah About Us, Contact, E-reader, Text Page dan E-news. Senarai ini boleh ditambah atau dikurangkan yang tidak sesuai.

Fungsi/laman tambahan apps.

Ganti maklumat dalam halaman yang default dengan maklumat baharu. Kemudian Save&Continue.

Kemudian anda boleh edit lagi apps dengan menambahkan elemen seterusnya.

Pengujian apps untuk versi iPhone (fail IPA)

Ekosistem iPhone hanya membenarkan pengujian fail IPA dari luar AppStore dengan syarat iPhone anda telah didaftar sebagai peranti pembangunan (developer device). Tidak dibincang dalam tutorial ini.

 

Pengujian apps untuk versi Android (fail APK)

Pertamanya sila pastikan telefon Android telah diset membenarkan pemasangan apps dari luar Google Play Store. Kebiasaanya ada dalam SETTINGS->SECURITY/PRIVACY->UNKNOWN SOURCES .

Appypie akan menjana fail APK untuk pemasangan apps di telefon Android. Caranya adalah telefon Android anda perlu download fail APK dari pelayan (server) APPYPIE. QRcode kepada pautan (link) kepada APK akan disediakan oleh Appypie. Oleh itu antara cara yang mudah adalah scan QRcode pautan menggunakan Barcode/QRcode reader.

Jana fail APK melalui Appypie

Kemudian link dan QRcode kepada link akan dibina dalam sistem Appypie.

Gunakan telefon Android untuk imbas QRcode yang disediakan.

Kemudian muat-turun melalui telefon Android anda melalui pautan yang diberi.

Klik “LAUNCH” pada butang di bawah.

Selepas lengkap fail APK dimuat-turun, klik pada notifications.

Kemudian butang INSTALL akan kelihatan, sila klik. Proses pemasangan applikasi akan diteruskan.

 ->

Setelah selesai proses pemasangan APK, applikasi dilaksanakan kelihatan seperti design dalam sistem web.

*Versi percubaan APPYPIE

Yuran penggunaan – model bisnes yang ditawarkan sekiranya pengguna hendak menggunakan sistem ini secara berterusan seperti dalam rajah di bawah. Namun sekiranya hendak mencuba, anda dihadkan selama dua hari (48 jam). Versi percuma tidak dibenarkan menjana output akhir apps seperti file *.apk untuk Android dan *.ipa. Sekiranya hendak menjana fail akhir anda mesti menjelaskan yuran.

Android APK pengujian – versi ini adalah fail yang boleh dipasang ke telefon pintar Android pengguna. Namun begitu tidak boleh dimuat-naik ke Google Playstore ( yuran BASIC boleh hasilkan fail ini).

 



Penulis tutorial:
KHIRULNIZAM ABD RAHMAN, Pensyarah Jabatan Sains Komputer, FSTM KUIS.

Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang pengaturcaraan server dan antaramuka web (web front-end & backend) semenjak tahun 2000. Disamping itu juga amat berminat dalam pembangunan applikasi mobile Android, JSON, LARAVEL dan PHP-MySQL.

Blog peribadi beliau di khirulnizam.com . Beliau boleh dihubungi melalui email khirulnizam@gmail.com , atau Whatsapp: http://wasap.my/60129034614