Pernah dengar tak perisian Maya? 3D Animation? Atau kenal pelakon Maya Karin je? Hehe
Sebenarnya, perisian Maya ni digunakan meluas terutama dalam bidang animasi. Salah satu contoh syarikat animasi yang terkenal menggunakan perisian ini adalah Les Copaque, yang menerbitkan cerita upin ipin tu. Hah! Betul, betul, betul. Itulah dialog popular dari upin ipin kan.
Nak tahu tak, di KUIS juga menawarkan subjek 3D Animation II yang menggunakan perisian Maya dalam projek-projek yang dihasilkan. Perisian Maya dan 3D Animation saling berkaitan tau! Bak kata pepatah bagai isi dengan kuku, aur dengan tebing, begitulah ibaratnya. Subjek 3D Animation II ditawarkan pada pelajar semester 5 yang mengambil bidang Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif (Interaktif Media). Dengan syarat kena lulus 3D Animation I.
Pada awal sesi pembelajaran, para pelajar akan diperkenalkan dengan perisian Maya yang akan digunakan sepanjang semester tersebut. Tugasan pertama pada awal semester adalah bagaimana menggerakkan pelbagai jenis bola dengan kapasiti berat yang berbeza. Para pelajar perlu membuat rujukan setiap bola untuk menghasilkan impak animasi seperti bola sebenar.
Projek-projek lain turut diberi untuk mendedahkan para pelajar bagaimana sesuatu animasi itu dilakukan seperti facial expression, walk style dan lip sync. Matlamat yang ingin dicapai setelah berakhir semester tersebut ialah para pelajar dapat menguasai asas animasi yang mana boleh digunakan untuk Projek Tahun akhir dan apabila berada di alam pekerjaan.
bouncing ball using maya software
#jommasukkuis
#fstm