X
    Categories: tips ict

Laju ke 5G? Apa je best dengan 5G?

Sumber: Youtube

TL;DR:
5G mampu memberikan sehingga 150 kali ganda kelajuan daripada teknologi 4G!




Jom imbau kembali secara ringkas…

Korang pernah tengok tak cerita lama-lama, orang kaya-kaya duk pakai telefon besar gedabak yang ada antenna tu. Haa.. tu la teknologi awal-awal, 1G. Kelajuan maksima dia hanya 2.5 Kbps dan hanya boleh digunakan untuk panggilan suara.

Lepas tu, datanglah teknologi 2G, masa ni la netizen duk excited sangat sebab bukan setakat boleh hantar SMS tapi siap boleh hantar gambar via MMS!

Sumber: Future Timeline

Kita skip 2.5G dan 2.75G (mesti first time dengar kan?), kita terus ke 3G. Haa.. masa ni lah telefon mula dapat access ke internet. Masa ini juga lah kita duk marah telco kita sebab bila tersilap on je internet, habis terus kredit. lol. Kelajuan maksima teknologi ni boleh sampai 2Mbps tapi bila phone tak bergerak jer.

Lepas tu datanglah 4G yang kita tengah guna sekarang. Korang dapat upload dan download video di instagram, dapat main PUBG yang mempunyai berpuluh-puluh pemain dalam satu peta, dapat tengok siaran langsung dalam HD walaupun dalam KTM.

5G DAH SAMPAI!

Antara feature yang ditunggu-tunggu daripada teknologi 5G.

  • Jalur lebar (bandwidth) yang tinggi (internet laju).
  • Latensi rendah.
Sumber: Trend it

Jalur lebar tinggi

Kelajuan jalur lebar yang 5G sediakan bukan naik taraf yang sikit, tapi sangat mendadak sehinggakan 150 kali ganda daripada 4G! Produk 5G sekarang telah sampai ke banyak negara-negara termasuklah Malaysia. Namun, telco yang sediakan servis 5G di Malaysia masih lagi tiada (semasa post ini ditulis). Telco pertama yang bakal sediakan servis 5G kemungkinan Maxis.

Bayangkan je lah, yang tv-series barat ke korea korang duk download tu (jangan pirate ya guys), korang boleh download dengan berapa saat je. Berapa saat tu bukan satu episod tau, satu season! Korang pernah download game PUBG mobile kan? yang 1.9gb tu.. 20+ saat boleh siap.

Latensi rendah

Korang mesti ada yang tertanya-tanya apa tu latensi. Tapi sebenarnya kemungkinan besarnya korang dah pernah lalui dan penting bagi korang. Pernah nampak logo ni ? Haa.. yang korang duk panggil ping atau ms dalam online game tu, tu la latensi. semakin rendah latensi, semakin baik performance game korang. Bayangkan kalau korang dapat >1ms latensi setiap masa, mesti korang dah boleh dapat naik rank Mythic (yang tau je tau. haha).

Tapi bukan dekat game je benda ni function, Machine-To-Machine (M2M) yang mana peranti-peranti boleh communicate antara satu sama lain dah tak perlu wayar. So, dari sini lah banyak lagi teknologi lain boleh di naik taraf. Contohnya, kereta pandu sendiri, bandar IoT, dan banyak lagi lah korang boleh baca banyak interesting artikel atau blog kat internet ni. Benda yang paling saya sendiri excited, adalah telemedicine.

Tapi…

Pada awal-awal release ni, kalau nak dapatkan kelajuan macam yang ditujuk kat atas, agak susah kerana perlu berada dekat dengan ‘tiang 5G’. Jika anda terlindung oleh dinding, kelajuan akan berkurang secara drastik tapi masih laju daripada 4G.

Amirul Faris Syairazi: